Ogos 18, 2009

Ayah...irfan demam!



Malam tadi, jam 3.30 aku dikejutkan oleh abang Irfan. "Ayah, irfan demam. Kepala Irfan panas."

Irfan ni anak yang baik, dan comel. Antara 3 orang anak aku, Irfan adalah yang paling banyak keletah dan mengomel. Hari ini, dia demam ... sedih melihat dia, tapi bila tanya ...irfan ok? Dia pasti jawab, "Irfan ok!" dengan penuh semangat.

Tengah hari tadi, terpaksa aku keluar 2 jam. Bawa Irfan ke klinik. Risau, sekarang ni tengah musim H1N1. Selisih, mintak dijauhkan dari penyakit tersebut.

"Ya Allah, sembuhkanlah demam anakku, lindungi Irfan dari terkena penyakit H1N1...amin"






2 ulasan:

  1. cian kt irfan..en deris kna bg perhatian lebih sket..mtk2 tak kna jangkitan tu..amin..

    BalasPadam
  2. Ifran telah sembuh dari demam pada 20 Ogos 2009. Alhamdulillah ...

    BalasPadam