Disember 12, 2012

Happy Anniversary Sayang

Mengenalinya 16 tahun yang lalu, ketika itu kami dibangku sekolah tahun 1996 di Sekolah Tun Habab, Kota Tinggi. Al-maklumlah keputusan SPM tak berapa nak elok, jadi kenalah tampal dengan STPM untuk ke universiti. 

Terngiang-ngiang lagi ketika cikgu Rozaini yang mengajar subjek ekonomi 'mempaduk-paduk' antara kami berdua dalam kelas. "Hujung sana dengan hujung sini." selurohnya. Rentetan dari peristiwa itulah aku terpandang senyumannya yang manis menawan, mata yang redup ayu menusup kalbu. 

Dalam hati berkata dia pasti milikku. Yakin benar dalam hatiku ini hanya Allah yang tahu. Banyak juga gadis yang pernah bertandang di hati sebelum ini, tetapi kali ini begitu pasti si dialah bakal suri hidup aku. 

12/12/2002, hari Khamis jam 10.30 pagi janji terpatri, akhirnya kami bernikah dengan direstui kedua keluarga. Tarikh keramat ini ditentukan oleh abah, arwah emak, akak dan dipersetujui oleh keluarga isteri. Majlis persandingan sebelah perempuan pada 13/12 manakala sebelah lelaki pada 14/12. Kami hanya menurut apa yang dirancang sahaja.



Hari ini genap 10 tahun kami bersama sebagai suami isteri. Teringat masa dulu, masa baru-baru kahwin. Kami masuk ke rumah sewa di AU3, Kuala Lumpur. Kami hanya ada beberapa set pingan mangkuk pemberian arwah emak, 2 bantal bucuk, alas tempat tidor, dan 1 tv kecik hitam putih sebesar helmet. Tak de  set sofa, set dapur, set bilik tidor. 

Aduhai, bila dikenang semula, daifnya kami waktu tu. Kami bermula dari kosong! Gaji pun ciput je, baru 1000 + gaji ayang 1500. Berapa la sangat untuk hidup di kota besar Kuala Lumpur.

Susah senang kami tetap bersama. Perlahan-lahan kami mula beli dapur gas. Dapur gas ni kami beli di Mydin KL. Nak bawak balik rumah pun naik bas. Peralatan elektrik pertama kami beli ketika itu pulak adalah peti sejuk 1 pintu, tu pun hutang dari Courts. Wakaka! Bayar la ansur-ansur setiap bulan...barulah dapat merasa masakan isteri dengan adanya 2 benda asas ni.

Sekarang, zaman dah berubah. Kami dah ada 2 rumah sendiri. Sebiji di JP Perdana, sebijik lagi di Desaru. Kalau nak pindah umah kena sewa lori treler panjang la gamaknya. Keta pun dah ada 2 bijik, Cik Zaza dan Nissan Almari (coming soon). Anak pun dah 3 orang. Lengkap sudah apa yang aku impikan.

Syukur alhamdulillah Ya Allah...terima kasih kerna kurniakan aku isteri (Juriah Hj. Athman), anak-anak yang comel, (Abang Danish, Abang Irfan dan si manja Alya yang gediks...wakaka!) dan rezeki yang mewah sebegini. 

Tiada apa lagi yang aku dambakan selain satu, iaitu dapat membawa isteri dan anak-anakku ke Kaabah mu Ya Allah...

Disember 07, 2012

Jangan ko ulangi lagi!

Jangan ajar anak menjadi kurang ajar!

Semalam, kami terpaksa mengambil Alya lewat dari biasa. Maklumlah musim tengkujuh begini, petang sahaja pastinya hujan. Jalan raya di Johor Bahru ni, pantang je hujan pastinya jalan raya sesak disana sini. Hampir jam 7 sampai dirumah, dekat 2 jam memandu hanya dari office di Larkin menuju ke JP Perdana. Naik lenguh kaki aku menekan brek.

Sampai dirumah, Alya mula mengadu. "Tadikan, ada orang cubit peha Alya gini-gini, banyak kali." Pada mulanya aku tak percaya, mungkin biasa-biasa aje. Sebelum tidor, sekali lagi Alya merenget sakit di peha. Lain macam je nampak gayanya. 

Kedua-dua kaki berbekas kena cubit



Bila di lihat, "Ya Allah, sampai hati buat anak aku begini?" Bukan orang lain tu, anak sedara sendiri. Janganlah buat begini. Aku pun tak sampai hati nak menghukum anak aku sebegini. Kalau bukan kerna kita ni bersaudara, dah lama rasanya aku kasi pelempang kat pipi. 

Tolonglah, jangan ko ulangi lagi!