Mac 07, 2012

Buah hati dicium Pajero

Jam 5.00 petang, seperti biasa destinasi pertama adalah IPG Kampus Temenggong Ibrahim mengambil MEM di office kemudian ke Johor Jaya mengambil si manja Alya dan Irfan di rumah Mak Long. Begitulah rutin harian aku selesai kerja di pejabat.

Laluan yang sama aku lalui setiap hari iaitu Lebuh Raya Pasir Gudang, sesak tidak mengira masa. Perjalanan sekejap lancar sekajap berhenti membuatkan ramai pemandunya letih, tidak terkecuali aku sendiri. Tetiba, muncul Pajero dihadapan dan dengan selamba memintas seperti tak nampak buah hati aku ni dijalan raya. Buta ke apa?



"Dooom." Perlahan saja bunyinya tetapi aku yakin mesti kemek buah hati aku ni. Betul kata orang, malang tidak berbau. Sah sudah depan keta aku ni kemek. Sakitnya hati tuhan saja yang tahu...tetapi aku tetap cool, control macho depan bini. hehehe...

Namun begitu...Syukur aklhamdulillah, semua selamat. 

Happy birthday Sayang

Nothing to say, just wish...

            " Happy birthday sayang..."





1st time

Sejak kebelakangan ini, Irfan kerap bertanya tentang 'waterfall'. Soalan ini kerap bermain difikirannya lantaran kawan sekelasnya seringkali bercerita tentang kehebatan waterfall. Suatu petang, Irfan beria -ia mengajak kami ke sana. Naluri ingin tahu dan merasakan pengalaman untuk mandi di waterfall sangat membuak- buak.

Perjalanan hampir sejam penuh dengan perasaan ingin tahu. Semakin hampir dengan kawasan dituju, tetiba semua diam dan seakan takut. Apa tidaknya, laluan ke Air Terjun Kota Tinggi akan melalui jalan berliku dan hutan dara yang agak tebal. Tiada rumah, ataupun manusia. Hanya ada hutan dan bunyi unggas. Sunyi...

"Alamak, kita dah sesat." Gertak aku kepada anak- anak...

Caj masuk RM 25.00 dibayar untuk kami sekeluarga. Perancangan asal untuk mencelup kaki di gigi air saja. "Alah, asal dapat puaskan hati Irfan, cukuplah..." bisik hatiku.







Pemandangan air terjun yang turun dari gunung membuat anak- anak terpaku, terpegun dengan keindahan alam semulajadi. Akhirnya, semua tidak sabar- sabar untuk merasai kesejukan air terjun yang aku ceritakan tadi. Oleh kerana ini pengalaman pertama mereka berjumpa air terjun, aku biarkan mereka merasai pengalaman yang berharga ini. 

Februari 13, 2012

Tarbush Restaurant Sunway Piramid


Kebiasaannya, setiap kali berjalan kami akan membawa semua anak- anak. Kali ini, hanya kami berdua sahaja berjalan- jalan makan angin di sekitar Sunway dan Kuala Lumpur. Pertama kali dalam hidup, makan malam di Tarbush Restaurant Sunway Piramid. Tempat ini sungguh ekslusif terletak betul- betul di atas Sunway Piramid dan dari sini jugalah kita boleh melihat dengan jelas Sunway Lagoon.



Buah hati baru


Suatu masa dahulu ketika aku membeli keta Vios, dalam hati berdetik..."Inilah yang diidam-idamkan dan tak akan aku jual sampai bila- bila." 

Dari segi performance, memang terbaik! 

Kata orang pick up memang kuat dan penggunaan minyak pula memang efisien. Dah 400 km baru setengah tangki minyak sahaja. Disebabkan beberapa kerosakan yang membuat hati sedikit panas dan akhirnya, pada Disember 2011, aku tolak juga dan ketemulah dengan buah hati yang baru ini.

Cemerlang

Suatu pagi sahabatku Nasir memberi sms yang agak mengejutkan. Antara kandungan sms yang dihantar " Tahniah bro, ko dapat cemerlang." Sewaktu itu aku sedang sibuk menguruskan jualan kerata vios kepada tauke cina di Hong Leong Bank, Johor Jaya. Debaran kereta baru, dan debaran mendapat cemerlang bercampur aduk.


Memang tidak disangka. Al-maklumlah...tahun lepas je, beberapa kali aku berbalah dengan ME tentang isu pembelian buku, isu gosip staf aku bertepuk tampar, isu surat khabor dan banyak lagi. 

Mungkin sudah rezeki, dan inilah takdirnya. Syukur alhamdulillah...Terima kasih bos! Menerima anugerah begini memang seronok dan membanggakan tetapi cabaran untuk mengekalkan reputasi cemerlang adalah sesuatu yang amat berat dan sukar. 

Bolehkah aku mengalasnya?

Februari 09, 2012

Telah bermula

Apa yang dianggankan bakal menjadi kenyataan dan kini ia telah bermula.


Ditanah kosong ini akan berdiri sebuah rumah idaman kami sekeluarga. Di sebelah kanan rumah ada halaman seluas 12 kaki dan disebelah belakang rumah ada 22 kaki. Disini juga akan aku semai benih- benih pokok yang menghijau untuk kami sekeluarga beristirehat dihujung minggu. Pokok buluh cina menghijau di belakang rumah, orkid di halaman rumah dan dihiasi rumput hijau sebagai hamparan. 

Alangkah seronoknya dan bertuahnya jika impian menjadi nyata.