Mac 08, 2013

Si Comot

Ini adalah Si Comot, kucing kesayangan si manja Alya sekarang. Kucing ini dihadiahkan oleh sahabat Almera, Dmjb Azroy dan isterinya Rafidah Hanum. Usianya baru 2 bulan lebih. 

Comel, bulunya berwarna kelabu dan panjang. Matanya bulat. Sifatnya, tersangatlah manja. Pantang di letak atas badan, mesti dia akan duduk diam dan silap hari bulan terus tidor.

Pernah suatu hari, aku out station. Jadi satu hari jugaklah tak jumpa Si Comot. Bila buka je pintu pagar, dia dah mengiau tanda menegur. 

Aku bukakan sangkarnya dan lepaskan dia sekejap. Tetiba, dia duduk di depan aku sambil merenung sahaja wajah aku yang tampan ni. Lama dia merenung...rindu barangkali. ekekeke!

Itulah Si Comot, penghuni baru di rumah kami...


Mac 07, 2013

Happy birthday Mama

" Happy birthday Mama..." 

5 Mac bertandang lagi, maknanya ini adalah hari yang sungguh istimewa bagi isteriku Juriah Athman. Masa nak berkenalan dulu, dia siap bagi biodata supaya aku ingat beberapa peristiwa penting dalam hidupnya. Waktu tu di tingkatan enam rendah di Sekolah Tun Habab, Kota Tinggi. ekekeke! 

Tarikh lahir : 5 Mac 1978
Tempat Lahir : Atas katil Hospital Kota Tinggi.
bla...bla...bla...habis semuka surat suruh aku ingat. ekekek!

Hari tu, aku cuti sebab letih semalamnya seharian bermesyuarat di Pejabat Pembangunan UiTM Shah Alam. Petang tu, sebelum balik ke rumah aku belikan ayang sebiji kek blueberry istimewa untuknya. 

Plan malam nanti nak ajak ke Senibong Seafood untuk makan-makan. Apakan daya, anak- anak banyak kerja sekolah. 

"Ayah nak ajak mama makan, kerja sekolah Danish tak siap lagi. Habis tu esok Danish nak tadah je ke?" Pedas ayat tu Nish menyebabkan kami orang tua ni beralah.

Insya Allah, malam minggu ni ayah belanja semua makan-makan di Senibong Seafood ye...