April 28, 2011

SKT 2010

Dalam diam dah hampir 5 tahun aku berkhidmat dengan UiTM. Belajar di UiTM, kerja pun di UiTM. Bak kata Big Bos aku, " UiTM sentiasa di hatiku." 

Tahun 2010, SKT untuk tahun ke empat aku telah dinilai oleh orang baru. Pemikirannya sukar dijangkau dan difahami. Pernah dia berkata dengan aku, " Idris, I dengan u ni tak boleh get along." tapi, respond aku, selamba je ...
Pagi tadi, seorang kawan menelefon memberitahu markah SKT aku. Terperanjat besar, tak pernah dapat markah lebih 90 pun sebelum ini. Paling kuat pun 87 je, markah lulus je. Apapun, terima kasih bos. Walau kita tak boleh get along dalam keje, tapi keje aku tetap buat juga kerna UiTM sentiasa di hatiku.


April 27, 2011

Jom tengok buku!

22 hingga 23 April yang lepas, aku dan team library membawa pensyarah ke Pesta Buku Antarabangsa. Istimewa kali ini, kami diiringi kawan lama aku dari Syarikat Harmoni, En Syam. Perjalanan yang jauh amat meletihkan ditambah lagi dengan kesesakan orang ramai disekitar pesta buku. Nasib baik malam tu diberi tilam dan bantal yang empuk di Hotel Legend, Kuala Lumpur. Dapatlah berehat dan melelapkan mata sejenak menghilangkan lelah badan.


Rombongan melangkah ke Book Fair

Bergambar bersama team Harmoni

Seronoknya makan!

April 13, 2011

Iqra

Hari ini, Danish mula memasuki kelas mengaji Al-Quran. Aku minta jasa baik cikgu sekolah agama ditempat Danish bersekolah untuk mengajarnya memandangkan aku pun tiada masa nak mengajarnya. Lagipun, aku ni bukanlah teror mengaji. Setakat membaca bolehlah ... habis hukum tajwid aku langgar.

Semalam aku belikan buku Iqra. Nampak lebih mudah dipelajari berbanding menggunakan cara lama menggunakan muqaddam. Mudah- mudahan Danish terang hati, mudah membaca Al- Quran. Aku berhasrat biarlah anak yang sulung ni menjadi ustaz apabila besar nanti. Mudah- mudahan dapat membimbing adik- adiknya kelak.

April 06, 2011

Happy Birthday Irfan

Hari ini merupakan hari jadi Irfan yang ke 5 tahun. Hari ini memang telah lama ditunggu- tunggu dan sering kali ditanya Irfan.

Semalam ayang telah menempah kek istimewa dengan dihiasi watak kartun kegemarannya, Upin dan Ipin. Kek tu kami hantar ke sekolah tadika Irfan agar dia dapat meraikan bersama- sama disekolahnya. Insya Allah petang nanti, ayah pula akan belanja Irfan makan di Senibong.



Semoga tahun ini, Irfan sihat dan semakin bijak, rajin sekolah dan jangan nakal- nakal.

April 04, 2011

Bengkel ILMU

Bengkel ini adalah julung kalinya diadakan di UiTMJB. Kali ini aku jemput otai dari Shah Alam untuk membantu aku menginstall dan setup sistem ILMU di sini.



Audit Pusat Sumber Sekolah Daerah Pasir Gudang

Bulan Mac ini, agak sibuk. Banyak aktiviti hingga tak sempat nak update blog. Sebenarnya sepanjang bulan ini, aku sibuk membantu pihak PTAR menguruskan program Ilmu Mengubah Destini. Banyak aktivitinya, antara yang paling aku suka adalah mengaudit pusat sumber sekolah. Antara sekolah yang dilawati adalah SMK LKTP Ulu Tebrau dan SMK Dato Penggawa Timur.