April 13, 2011

Iqra

Hari ini, Danish mula memasuki kelas mengaji Al-Quran. Aku minta jasa baik cikgu sekolah agama ditempat Danish bersekolah untuk mengajarnya memandangkan aku pun tiada masa nak mengajarnya. Lagipun, aku ni bukanlah teror mengaji. Setakat membaca bolehlah ... habis hukum tajwid aku langgar.

Semalam aku belikan buku Iqra. Nampak lebih mudah dipelajari berbanding menggunakan cara lama menggunakan muqaddam. Mudah- mudahan Danish terang hati, mudah membaca Al- Quran. Aku berhasrat biarlah anak yang sulung ni menjadi ustaz apabila besar nanti. Mudah- mudahan dapat membimbing adik- adiknya kelak.

1 ulasan: