Mac 08, 2013

Si Comot

Ini adalah Si Comot, kucing kesayangan si manja Alya sekarang. Kucing ini dihadiahkan oleh sahabat Almera, Dmjb Azroy dan isterinya Rafidah Hanum. Usianya baru 2 bulan lebih. 

Comel, bulunya berwarna kelabu dan panjang. Matanya bulat. Sifatnya, tersangatlah manja. Pantang di letak atas badan, mesti dia akan duduk diam dan silap hari bulan terus tidor.

Pernah suatu hari, aku out station. Jadi satu hari jugaklah tak jumpa Si Comot. Bila buka je pintu pagar, dia dah mengiau tanda menegur. 

Aku bukakan sangkarnya dan lepaskan dia sekejap. Tetiba, dia duduk di depan aku sambil merenung sahaja wajah aku yang tampan ni. Lama dia merenung...rindu barangkali. ekekeke!

Itulah Si Comot, penghuni baru di rumah kami...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan