Destinasi percutian kali ini adalah di Air Papan Beach Resort, Mersing. Lokasinya agak jauh di pendalaman daerah Mersing. Perjalanan dari Johor Bahru menaiki Nissan Almera tidak terasa walaupun 2 jam memandu.
Jalan biasa tanpa tol tetapi selekoh tajam sentiasa menunggu di depan membuatkan aku sentiasa awas dalam pemanduan. Pemandangan hutan dara dan ladang kelapa sawit menghiasi kiri kanan sepanjang perjalanan membuatkan mata sentiasa segar bugar memandang kehijauan alam.
Sebelum bergerak, kami ngeteh di kedai mamak pekena capati dulu...
Comel tak isteriku? hehehe... |
Setelah 2 jam perjalanan, akhirnya kami sampai di Bandar Mersing. Bandar ini pesat membangun tidak seperti 5 tahun yang lalu. Hotel tumbuh melata di sana sini. Persisiran pantai sudah terbina tebing konkrit yang cantik. Pelancong Mat Salleh bersepah di sana sini. Mungkin nak ke pulau berdekatan agaknya...
Aku sangat sukakan Mersing. Kedai makan banyak, makanan laut pun segar. Keropok lekor yang sedap di Johor pun berasal dari sini jugak.
Mercu tanda 'Mersing' gah atas bukit |
Disebabkan sampai awal, kami nak Check In pun tak boleh. Jadi lokasi terbaik adalah bersantai di taman awam Mersing. Selesa untuk beristirehat dan bersantai bersama anak-anak. Lokasinya betul- betul di persisiran pantai, memang indah...
Check In - Air Papan Beach Resort. Melati Biru Bilik No.2
Apa lagi, mandi kolam...
Mandi laut...
Makan malam kami di Restoran Brother Joe. Ikhlasnya aku ratingkan restoran ini sebanyak 3.5 bintang. Kedainya bersih, selesa dan menarik terutama pada waktu malam. Nak parking pun mudah. Harga boleh tahan berbaloi dengan kualiti makanan. Tak de la mahal sangat.
Kalau tokey kedai ni pamerkan ikan, udang, sotong segar depan kedai macam kat Senibong, Johor Bahru lagi puas hati rasanya. Lagi meriah orang nak memilih...lagi satu, view restoran kalau boleh menghadap ke laut lagi cantik. Tak de la memandang ke padang futsal yang terbiar kat depan kedai tu...hehehe banyak betul aku kritik.
Ikan siakap masak 3 rasa, sayur chap cai dan tomyam, boleh tahan sedap... |
Serba sedikit gambar Chalet Melati Biru yang kami sewa. Unik, teringat kami semasa percutian di Chalet Rempah Ratus Mak Siti di Muar. Sama sebijik...
Almari dan cermin di sediakan di laluan ke tandas |
TV LCD 32 Inci. Tapi siaran Astro agak terhad, bosan tahap gaban... |
Katil Single untuk anak-anak |
Katil Double untuk ayah dan mama |
Toilet yang luas, tapi water heater rosak...aptb |
Assalamualaikum kak ..nak bertanya boleh saya dapatkan no hp airpapanbeachresort x ..
BalasPadam