Sejak UiTM membuka jawatan kosong Pembantu Perpustakaan, kerusi Pustakawan yang tidak glamour dan tidak dipandang ini mula menjadi panas dikejar orang sana sini. Apa tidaknya, ramai yang meminta tolong agar sedara mara mereka dipilih untuk menyandang jawatan tersebut.
Jawatan hanya satu, tetapi yang memohon terlalu banyak. Ramai pula yang menggunakan kabel dari sekecil- kecil kabel sehinggalah sebesar kabel. Pening juga mahu memilihnya. Aku tetap berpegang kepada prinsip, telus dalam pemilihan. Tiada istilah kabel dalam kamus hidup aku kerna aku percaya rezeki itu Allah yang tentukan. Rezeki bukan aku yang tentukan, sebaliknya aku hanya menjalankan amanah yang diberikan.
Percayalah, calon yang terpilih adalah antara yang terbaik dan setiap rezeki mereka telah dijanjikan Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan