Sabtu lepas, kami adik beradik berkumpul di rumah abah. Kali ni hampir semua ada kecuali Dayah je yang tak balik, tak dapat cuti.
Istimewa sungguh cuti kali ni sebab dapat makan makanan yang enak dan lazat. Ayang masak arnab rendang, adah pulak masak sup ayam hutan. Pehhh..memang lazat. Daging arnab sedap kerana dagingnya agak manis dan lembut, ayam hutan pulak agak keras dan liat tetapi sedap.
Arnab ni mak dan abah bela sendiri kat kampung. Buat hiburan cucu- cucunya bila balik kampung terutamanya anak- anak aku yang membesar dibandar ni. Danish dan Alya tidak makan daging arnab, mungkin dia terbayang arnab yang comel tu agaknya.
Ayam hutan ni lagi special, asli tiada sebarang ubatan yang diberi kepada ayam ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan