Cuti minggu yang lepas, aku bercuti agak panjang mengambil kesempatan dari cuti Awal Muharam yang jatuh pada hari Selasa.
Pada asalnya, kami merancang untuk ke Summerset di Rompin tetapi memandangkan lokasi yang agak jauh kami batalkan sahaja niat ke sana. Memandangkan hari pun dah agak lewat, akhirnya aku membuat keputusan untuk menginap sahaja di Hotel Seri Malaysia Mersing. Agak ramai pengunjung berkeluarga yang bercuti disitu selain kami anak beranak. Hotel bajet la katakan ...
Petang itu, aku membawa anak- anak ke taman permainan di tepi pantai. Seronok melayan anak bermain buaian dan permainan. Lewat petang, aku membawa anak ke tempat memproses keropok dan membeli sedikit sata untuk 'mentong' petang di tepi laut.
Keesokkannya, aku berikan satu pengalaman baru kepada Alya dan abang-abangnya. Kalau dulu, memang aku tak bagi mereka mandi kolam. Sekarang, inilah kesempatan mereka untuk berendam. Alya yang memang suka main air, kelihatan sangat suka. "Ayah, besttt sangat mandi kolam ni." Terkedu aku mendengar Alya berkata begitu. Hampir sejam berendam dan semua pun dah mengigil kesejukan. "Baik naik, nanti semput pulak Alya." Bisik hatiku.
Sebelum meninggalkan hotel, Irfan berkata... "Cuti nanti kita pergi Mersing lagi ye Ayah." Insya Allah, tetapi bukan di Hotel Seri Malaysia tetapi di hotel lain yang juga mempunyai kolam seperti ini. Mudah- mudahan ada rezeki lebih di lain hari.
Itu tekadku. Biar anak gembira sekali sekala bercuti makan angin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan