Januari 18, 2013

Sukarnya menjadi bos

Aku bukan seorang bos. 

Aku juga serupa kamu yang berusaha menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin. Aku juga punca perasaan, punya hati, punya sifat cemburu dan punya nafsu. Aku juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kealpaan.

Aku hanyalah insan kamil...

Aku punya tanggungjawab untuk mempengaruhi kamu bagi mencapai okjektif yang ditetapkan meliputi bidang arahan, dorongan, motivasi melalui penyampaian lisan ataupun penulisan. Nabi Muhammad saw menyatakan dalam satu hasidnya bahawa " Semua kamu adalah pemimpin. Kamu bertanggungjawab terhadap kepimpinan kamu."

Dalam konteks ini, kita mungkin merupakan seorang pemimpin sama ada di sekolah, organisasi, masyarakat dan keluarga. Setidak- tidaknya, kita merupakan pemimpin kepada diri kita sendiri. Aku kongsikan 13 ciri bos yang baik untuk bacaan bersama...

13 Ciri utama seorang bos yang baik ialah:-

1) Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya terlalu merendah diri tetapi sekurang-  kurangnya tidak bercakap besar. Semangat mesti kuat, tabah menghadapi cabaran.
2) Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
3) Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
4) Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
5) Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
6) Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
7) Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

8) Relaks dan tenang dalam semua situasi sama ada situasi biasa atau tegang.

9) Banyak berbincang dengan orang bawahan.

10) Jangan menunjuk ego dan kuasa di depan orang bawahan semasa memberi arahan.

11) Jangan terlalu tegas dan garang.

12) Pandai mengambil hati orang bawahan. Cipta suasana tenang dan ceria semasa memberi arahan kepada orang bawahan.

13) Beri kuasa kepada orang bawahan untuk melaksanakan tugasan.


Listen, listen, listen...orang bawah atau orang atasan, masing- masing ada masalah, ada kelemahan, ada kekuatan. No body perfect! Sebab itulah Allah jadikan manusia ni bermacam ragam supaya melengkapi antara satu sama lain. Wallahualam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan