Duduk di bandar Johor Bahru ni, semua orang kena bangun awal pagi. Mak bapak nak pergi kerja manakala anak-anak pula perlu ke sekolah. Masing- masing ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Namun begitu, emak bapaklah yang harus bangun lebih awal sebelum anak-anak bangun.
Aku dan ayang bangun seawal 5.30 pagi, paling lewatpun 5.45 pagi. Itupun kalau baju anak- anak dah bergosok pada sebelah malam. Anak-anak perlu bangun seawal jam 6.00 pagi dan jam 6.30 pagi kami semua harus berada di depan meja untuk bersarapan air milo dan biskut kering. Alas perut untuk anak- anak ke sekolah. Jam 6.45 pagi kami harus bergerak ke sekolah sebab kena sampai depan pagar sekolah jam 7.15 pagi.
Bab bangun pagi, yang paling mudah bangun adalah Irfan. Panggil je nama Irfan dia dah bangun. Danish pula kalau dah tidor, memang tak menyador. Kena tepuk badan dia baru dia akan sedar. Paling liat nak bangun adalah Alya. Pehhh, anak dara sorang ni memang banyak kerenah. Nak bermanja dan menyentil semua ada. Nak mandi lagi satu hal. Paling leceh, aku kena tunggu anak dara ni bersiap barulah aku boleh turun ke bawah. Ada ke patut?
Nasib baik aku ada sorang je anak pompuan. Jadi, sabor ajelah...
Berikut adalah beberapa panduan atau tips untuk bangun pagi yang kita boleh cuba bagi mengatasi masalah ini.
1. Tidur awal sekitar jam 10.00 atau 11.00 malam supaya tidur kita mencukupi. Anak-anak perlukan 8 jam manakala org dewasa paling minimum 5 jam sehari. (Termasuk tidur siang)
2. Ambilah wuduk sebelum tidor. Jangan lupa solat Isyak.
3. Tanam azam dalam diri untuk bangun awal.
4. Baca surah Al-Mulk, Tiga Qul, ayat Kursi dan doa sebelum tidor.
5. Pasangkan niat, " Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah Taala.
6. Maafkan semua orang sebelum tidor.
7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidor.
8. Elakkan dari melakukan maksiat sebelum tidor.
9. Gunakan jam loceng, tapi sekarang orang dah guna handphone. Setkan alarm untuk membantu kita terjaga dari tidor.
10. Minta jasa orang lain untuk kejutkan kita.
Kalau dah kena kejut pun tak bangun juga, memang nak kena siram air sebaldi nampak gayanya. wakakaka!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan