Ku titipkan artikel ini khas untuk mu anakku Alya Saffiyah...
Ramai golongan wanita
tidak senang bila membaca tajuk di atas. Tetapi itulah realiti. Memang itulah
kenyataannya kerana Rasulullah saw tidak pernah berdusta. Hadis nabi saw
bertaraf sahih menjelaskan perkara ini. Iaitu Hadis riwayat imam al-Bukhari dan
Muslim, Rasulullah saw bersabda:
“Aku
melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara
(orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan
kebanyakan penduduknya adalah golongan wanita.”
Sekiranya anda seorang perempuan,
anda tidak perlu risau. Ramai tidak bermaksud tidak berpeluang langsung untuk
masuk syurga. Hadis ini hanya menerangkan majoriti penghuni neraka, bukan tiada
langsung golongan lelaki. Oleh itu berusahalah agar anda menjadi golongan yang
berhak menghuni syurga.
Apakah sebab?
Persoalannya apakah sebab ramai
wanita jadi penghuni neraka? Rasulullah saw ada bersabda dalam beberapa hadis
yang menyatakan punca-punca permasalahan ini. Antara penyebab-penyebabnya ialah
:
1. Tidak bersyukur dan tidak
menghargai kebaikan suami
Dalam sebuah kisah ketika
Rasulullah saw dan para sahabatnya melakukan solat gerhana, Rasulullah S saw melihat
Surga dan neraka.
Ketika beliau melihat neraka
beliau bersabda kepada para sahabatnya , “ … dan aku melihat neraka maka
tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat
kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Shahabat pun bertanya, “Mengapa
(demikian) wahai Rasulullah?” Beliau saw menjawab, “Kerana kekufuran mereka.”
Kemudian ditanya lagi, “Apakah mereka
kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “Mereka kufur terhadap suami-suami
mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik
kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia
melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata,
‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” ( Imam
al-Bukhari)
2. Mendedahkan aurat
Dalam hadis lainnya, Rasulullah Shalallahu
‘alaihi wassalam menjelaskan tentang wanita penduduk neraka, beliau
bersabda, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka
telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari
ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bonggol
unta. Mereka tidak masuk Surga dan tidak mendapatkan wangian syurga padahal
wangiannya dapat dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Imam Muslim)
Jalan Penyelesaian
1. Untuk selamatkan diri dari
tergolong dalam penghuni neraka maka anda (para isteri) hendaklah berusaha
untuk mengenang jasa dan berterima kasih terhadap kebaikan suami. Taatilah
mereka dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan menafikan beribu kebaikan
suami hanya kerana satu kekurangan yang ada pada dirinya.
2. Tutuplah aurat dengan sempurna.
Jangan jadi seperti dalam hadis, ‘berpakaian tetapi bertelanjang’. Pada hari
ini ramai yang menutup kepala tetapi memakai pakaian yang nipis, ketat sehingga
menampakan susuk tubuh dan macam-macam lagi fesyen yang tidak memenuhi konsep
menutup aurat yang sebenar.
3. Jaga solat, puasa dan kehormatan
diri.
Terdapat satu hadis yang menerangkan
berita baik bagi wanita iaitu hadis yang bermaksud :
“Perempuan apabila solat lima waktu,
puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya,
maka masuklah dia akan syurga mana-mana pintu yang dikehendakinya.”( Ibn
Hibban,disahihkan oleh al-Albaniy)
4. Perbanyakkan bersedekah
Ini berdasarkan hadis yang bermaksud
:
Ketika beliau selesai khutbah hari
raya yang menyuruh untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa
Ta’ala dan anjuran untuk mentaati-Nya. Beliau pun bangkit mendatangi kaum
wanita, beliau menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat
kemudian beliau bersabda, “Hendaklah kamu bersedekah! Kerana kebanyakan kamu
adalah kayu bakar neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di
antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia bertanya,
“Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Kerana kamu banyak
mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (Imam al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain baginda saw
bersabda :
Selamatkanlah diri kamu dari neraka
walaupun hanya ( bersedekah) dengan secebis kurma. (Imam al-Bukhari)
Semoga kita semua dirahmati
oleh Allah dan ditempatkan di syurgaNya di akhirat kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan