Januari 15, 2013

Diari anak sekolah


Setiap hari persekolahan adalah hari yang amat meletihkan. Itulah kesimpulan yang boleh aku lihat bila melihat bebanan tangungjawab yang harus dipikul oleh anak-anak zaman sekarang. Mari aku terangkan tentaif harian mereka.

6.00 pagi
Bangun tidor, bersiap untuk ke sekolah

7.15 pagi
Mesti sampai di sekolah. Berlari anak ke kawasan perhimpunan dengan memikul beg galas hampir 5-10 kilo setiap hari. Perhimpunan pagi. Pelajar berdiri sehingga jam 7.30 pagi.

7.30 pagi hingga 1.00 petang
Sesi persekolahan pagi

1.00 ptg hingga 2.00 ptg
Berkejar untuk makan tengah hari, salin pakaian dalam kereta untuk ke sekolah agama.

2.00  ptg hingga 3.30 ptg
Sesi persekolahan agama

3.30 petang hingga 5.00 petang
Kelas mengaji Al-Quran

5.00 petang - 6.00 petang
Perjalanan pulang balik kerumah.

6.00 petang - 8.00 petang
Waktu makan, rehat, mandi dan tengok TV.

8.00 malam hingga 10.30 malam
Buat keje sekolah yang melambak setiap hari. Nak siapkan Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sains dan Teknologi, etc. Belum lagi keje sekolah agama. Aku pun pening kalau nak siapkan semuanya dalam masa 2 jam setengah ni. 

Wahai cikgu, berilah kerja sekolah hanya pada hari Jumaat. Hari Isnin hingga Khamis ni tak cukup masa kami nak siapkan semua kerja sekolah sekaligus.

"Kalaulah aku boleh berpesan kepada cikgu begitu."

10.30 malam
Tidor! Letak je kepala atas bantal tak sampai 5 minit dah lena. Letih yang amat sangat dan ayah amat memahaminya wahai anakku.

Begitulah rutin dan tanggungjawab sebagai seorang anak yang hidup di zaman moden. Serba serbinya perlu cepat dan tepat. Wahai anakku, janganlah berputus asa, berusahalah bersungguh-sungguh mengejar kejayaan, jalan terus ke depan...jangan ke belakang.

Ingatlah pepetah melayu ni, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Insya Allah, masa depanmu cerah jika kita berusaha mencapai yang terbaik."

Ayah tiada harta mengunung yang dapat ditinggalkan kepada kamu semua. Hanya ilmu yang dapat ayah berikan untuk bekal bagi menghadapi liku-liku kehidupanmu di masa depan kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan