Januari 30, 2013

Bantuan Persekolahan RM 100

Tahun ini, ketiga- tiga anakku sudah bersekolah. Alya dah masuk tadika, Irfan dan dan Danish dan pun masuk sekolah rendah. Ini bermakna, aku harus merancang kewangan untuk persiapan sekolah. Kalau mengikut perkiraan kasar aku, sebelum sesi persekolahan bermula kami harus ada paling kurang RM 1K++ Tak caya, cuba tengok ni..

Perkara                                                                                           Jumlah
Baju / Seluar      RM 50.00 sepasang x 2 org x 2 pasang              =   RM 200.00
Beg Sekolah      RM 40.00 x 3 orang                                           =  RM 120.00
Kasut Sekolah   RM 40.00 x 3 orang                                           =  RM 120.00
Stokin               RM 5.00 x 3 orang                                             =   RM 15.00
Buku sekolah    RM 50.00 x 2 orang                                           =   RM 100.00
Yuran PIBG     RM 50.00                                                           =   RM 50.00
Yuran Sekolah Agama + buku                                                     =   RM 250.00
Yuran Sekolah Tadika Alya                                                         =   RM 250.00
Peralatan sekolah (Pensel/pemadam/lopak pensel,etc)                  =   RM 50.00

Jumlah keseluruhan                                                                 =  RM 1155.00


Kementerian Pelajaran akan mula mengagihkan wang bantuan khas awal persekolahan sebanyak RM100 kepada 10,019 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara secara berperingkat bermula 15 Januari depan.

Berita di atas melegakan ramai ibu bapa termasuk diriku sendiri. Bayangkan bagi orang yang susah dan kurang berkemampuan, pastinya bantuan ini membantu mereka meleengkapkan persiapan persekolahan. 23 Januari 2013 yang lalu, kerajaan ada menghulurkan RM 100.00 seorang. Aku ada 2 anak yang bersekolah rendah, jadinya dapatlah RM 200. Alhamdulillah, rezeki anak- anak...RM 1155.00 - RM 200.00 jadi aku hanya keluarkan modal sebanyak RM 955.00 untuk memulakan sesi persekolahan tahun 2013 ini.

Terima kasih Najib, syukur Ya Allah...

Januari 29, 2013

Melaka again!


Our destination kali ini adalah D'Village Ayer Keroh, Melaka. Bawak anak- anak berjalan sekali sekala. Maklumlah gaji bulan 1 ni +bonus separuh gaji. Adalah lebihan sikit gaji bulan ni dalam RM 1500.00 rezeki untuk anak- anak. Aku dapat, mama pun dapat...plus minus, bulan ni kami dapat 10K. hehehe...

Syukur Alhamdulillah Ya Allah!


Mama santai depan kolam

Abang dan adik seronok main kolam

Si manja Alya, gedik santai...ekekek!

Pandangan dari berandah Chalet kami menginap...

 
Sarapan pagi

Anak ayah ni tak mahu makan. Dia hanya selera nak makan roti bakar je sekeping...


Add caption





Bandar Hilir, again and again...

 

Zoo Melaka juga tidak dilupa...



 




It's Wonderland Melaka...wow!

apa tu? Kepala Dinosour...


Lastly, jangan lupa belacan dan cencalok Made In Melaka


 



Januari 18, 2013

Sukarnya menjadi bos

Aku bukan seorang bos. 

Aku juga serupa kamu yang berusaha menjalankan amanah dan tanggungjawab yang diberikan dengan sebaik mungkin. Aku juga punca perasaan, punya hati, punya sifat cemburu dan punya nafsu. Aku juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan kealpaan.

Aku hanyalah insan kamil...

Aku punya tanggungjawab untuk mempengaruhi kamu bagi mencapai okjektif yang ditetapkan meliputi bidang arahan, dorongan, motivasi melalui penyampaian lisan ataupun penulisan. Nabi Muhammad saw menyatakan dalam satu hasidnya bahawa " Semua kamu adalah pemimpin. Kamu bertanggungjawab terhadap kepimpinan kamu."

Dalam konteks ini, kita mungkin merupakan seorang pemimpin sama ada di sekolah, organisasi, masyarakat dan keluarga. Setidak- tidaknya, kita merupakan pemimpin kepada diri kita sendiri. Aku kongsikan 13 ciri bos yang baik untuk bacaan bersama...

13 Ciri utama seorang bos yang baik ialah:-

1) Seorang pemimpin yang baik tidak semestinya terlalu merendah diri tetapi sekurang-  kurangnya tidak bercakap besar. Semangat mesti kuat, tabah menghadapi cabaran.
2) Beliau mesti bersedia menerima tanggungjawab tetapi tidak boleh terlalu mendesak dan berkeras dalam memimpin.
3) Beliau tidak harus menyalahkan orang lain bagi kegagalan tetapi mengakui kelemahan diri serta tidak harus menuding jari atau mencari seseorang untuk dipersalahkan.
4) Beliau harus bersikap luhur dan tidak pentingkan pujian dan kemasyhuran.
5) Beliau patut tahu bagaimana mengendalikan pengikutnya begitu juga pihak atasan serta perlu sensitif dengan sensitiviti orang lain.
6) Beliau patut bersedia melakukan apa yang diharapkan oleh orang lain untuk beliau laksanakan serta mendukung slogan kepemimpinan melalui teladan.
7) Beliau perlu bijak dan lebih pintar sekurang-kurangnya berbanding orang yang berada di bawah pimpinannya.

8) Relaks dan tenang dalam semua situasi sama ada situasi biasa atau tegang.

9) Banyak berbincang dengan orang bawahan.

10) Jangan menunjuk ego dan kuasa di depan orang bawahan semasa memberi arahan.

11) Jangan terlalu tegas dan garang.

12) Pandai mengambil hati orang bawahan. Cipta suasana tenang dan ceria semasa memberi arahan kepada orang bawahan.

13) Beri kuasa kepada orang bawahan untuk melaksanakan tugasan.


Listen, listen, listen...orang bawah atau orang atasan, masing- masing ada masalah, ada kelemahan, ada kekuatan. No body perfect! Sebab itulah Allah jadikan manusia ni bermacam ragam supaya melengkapi antara satu sama lain. Wallahualam...

Januari 17, 2013

Bersyukurlah anakku

Sewaktu aku kecil, aku hanyalah seorang anak peneroka Felda yang hidup dalam serba sederhana. Rumahku tidaklah secantik mana, kehidupanku pula biasa-biasa aje. Maklumlah, abah hanyalah seorang peneroka dan emak pula pengurus rumah tangga. Anak pula 8 orang kesemuanya. 

Agak berat tangunggan abah...

Kami bukan orang senang, jadi bila mengenang bab makanan memang tidak merasalah makanan yang mewah- mewah pun. Apa yang penting, perut yang lapor mesti di isi. Telor masak sambal, ikan kering dan sayur-sayur kampung memang biasa menjadi hidangan kami sekeluarga. Sesekali dapat kari ayam, memang dah kira special la tu. Nasi sepinggan gerenti tak cukup punya. hehehe...

Ketika putus wang, biasanya beras pun kami tak mampu nak beli. Arwah emaklah yang terpaksa berjumpa Kak Mar, jiranku untuk meminta sedikit beras buat alas perut anak-anak. Sedihnya mengenangkan saat itu.

Mandi pagi hanyalah menggunakan air sejuk dari kolah. Kolah abah memang besor, kalau badak nak berendam pun boleh...aku letak ikan dalam kolah tu macam akuarium. Lepas mandi gerenti gigil sebab airnya macam air batu. Grrrrr....

Habis sekolah, kebun kelapa sawit abah menjadi tempat mainanku. Disitulah abah membanting tulang empat kerat mencari sesuap nasi. Aku anak jantan, tak kan nak tengok saja abah bekerja sorang. Anak jantan abah ni walaupun kurus melidi tapi boleh tahan gagah perkasa. Setakat kelapa sawit penuh satu kereta sorong tu tak de hal punya. ekekekek!

Zaman sekarang, anak-anak cukup senang dan beruntung. Semuanya cukup sempurna. Bersyukurlah anakku dengan nikmat yang ada.Usahlah selalu mengeluh dan merungut dengan apa yang tersedia. Dulu ayah tak merasa semua tu...

Ayah tak pernah menyuruh membanting tulang, cukuplah bersungguh-sungguh mencari ilmu. Belajarlah sehingga ke negeri China, agar menjadi orang yang berguna kepada keluarga kita, bangsa dan negara.

Anak-anakku, berjanjilah untuk menahan LIDAH mu, lebutkanlah ucapanmu, maniskanlah kata-katamu, basuhlah kesedihan semalam dengan air kasih sayang...



Januari 16, 2013

Menutup aib saudara muslimnya



JANGAN BUKA AIB ORANG, JANGAN DEDAH AIB DIRI SENDIRI. Bila rasa nak buka aib orang, cermin dulu diri sendiri. Bila rasa nak dedah aib sendiri, baik fikir dulu berkali-kali.



Jauhilah perkara-perkara keji yang telah dilarang oleh Allah, sesiapa yang telah melakukannya, hendaklah dia menutupinya dengan tutupan Allah dan bertaubat kepada Allah. Ini kerana jika sesiapa menampakkan perkara keji (yang dilakukannya) kepada kami, kami akan menjatuhkan hukuman yang telah diperintahkan oleh Allah ‘Azza wa Jalla. (Dikeluarkan oleh al-Hakim dalam al-Mustadrak, hadis no: 7615 dan beliau berkata: “Hadis ini sahih atas syarat kedua-dua syaikh (al-Bukhari dan Muslim) dan mereka tidak mengeluarkannya.” Ini dipersetujui oleh al-Zahabi.)



Sesungguhnya seorang penguasa, apabila dia mencari-cari kesalahan rakyatnya, bererti dia merosakkan mereka. (Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4889)


Sesiapa yang menutupi (kesalahan) seorang muslim maka Allah menutupinya di dunia dan akhirat. (Shahih Sunan Ibn Majah, hadis 2078]. Imam Ibn Majah meletakkan hadis ini dalam bahagian Kitab al-Hudud, Bab menutup kesalahan seorang mukmin dan mengelak hukuman hudud disebabkan syubhat.)


Saling memaafkanlah terhadap (jenayah) hudud yang berlaku di antara kalian kerana (sesuatu jenayah) hudud yang sampai kepada aku, maka wajib dikenakan hukumannya. (Shahih Sunan Abu Daud, hadis no: 4376).





Sesiapa yang melakukan dosa sedemikian (syirik, mencuri dan zina) dan dihukum keranannya, maka hukuman itu adalah kifarah baginya. Dan sesiapa yang melakukan dosa sedemikian lalu Allah menutupinya, maka terpulang kepada Allah sama ada untuk mengampunkannya atau mengazabnya. (Shahih al-Bukhari, hadis no: 6784)


Sesiapa yang berdosa di dunia dengan melakukan sesuatu dosa lalu dikenakan hukuman ke atasnya disebabkan dosanya itu, maka Allah Maha Adil daripada melipat gandakan hukuman-Nya ke atas hamba-Nya. Dan sesiapa yang berdosa dengan satu dosa di dunia lalu Allah menutupi ke atasnya, maka Allah Maha Mulia daripada mengenakan hukuman ke atas sesuatu yang telah Dia maafkan. (Dikeluarkan oleh Ahmad dan sanadnya dinilai hasan oleh Syu‘aib al-Arna’uth dan rakan-rakan dalam semakan mereka ke atas Musnad Ahmad, hadis no: 775)

Januari 15, 2013

Diari anak sekolah


Setiap hari persekolahan adalah hari yang amat meletihkan. Itulah kesimpulan yang boleh aku lihat bila melihat bebanan tangungjawab yang harus dipikul oleh anak-anak zaman sekarang. Mari aku terangkan tentaif harian mereka.

6.00 pagi
Bangun tidor, bersiap untuk ke sekolah

7.15 pagi
Mesti sampai di sekolah. Berlari anak ke kawasan perhimpunan dengan memikul beg galas hampir 5-10 kilo setiap hari. Perhimpunan pagi. Pelajar berdiri sehingga jam 7.30 pagi.

7.30 pagi hingga 1.00 petang
Sesi persekolahan pagi

1.00 ptg hingga 2.00 ptg
Berkejar untuk makan tengah hari, salin pakaian dalam kereta untuk ke sekolah agama.

2.00  ptg hingga 3.30 ptg
Sesi persekolahan agama

3.30 petang hingga 5.00 petang
Kelas mengaji Al-Quran

5.00 petang - 6.00 petang
Perjalanan pulang balik kerumah.

6.00 petang - 8.00 petang
Waktu makan, rehat, mandi dan tengok TV.

8.00 malam hingga 10.30 malam
Buat keje sekolah yang melambak setiap hari. Nak siapkan Matematik, Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sains dan Teknologi, etc. Belum lagi keje sekolah agama. Aku pun pening kalau nak siapkan semuanya dalam masa 2 jam setengah ni. 

Wahai cikgu, berilah kerja sekolah hanya pada hari Jumaat. Hari Isnin hingga Khamis ni tak cukup masa kami nak siapkan semua kerja sekolah sekaligus.

"Kalaulah aku boleh berpesan kepada cikgu begitu."

10.30 malam
Tidor! Letak je kepala atas bantal tak sampai 5 minit dah lena. Letih yang amat sangat dan ayah amat memahaminya wahai anakku.

Begitulah rutin dan tanggungjawab sebagai seorang anak yang hidup di zaman moden. Serba serbinya perlu cepat dan tepat. Wahai anakku, janganlah berputus asa, berusahalah bersungguh-sungguh mengejar kejayaan, jalan terus ke depan...jangan ke belakang.

Ingatlah pepetah melayu ni, "Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. Insya Allah, masa depanmu cerah jika kita berusaha mencapai yang terbaik."

Ayah tiada harta mengunung yang dapat ditinggalkan kepada kamu semua. Hanya ilmu yang dapat ayah berikan untuk bekal bagi menghadapi liku-liku kehidupanmu di masa depan kelak.

Januari 14, 2013

Petua Mudah Bangun Pagi

Duduk di bandar Johor Bahru ni, semua orang kena bangun awal pagi. Mak bapak nak pergi kerja manakala anak-anak pula perlu ke sekolah. Masing- masing ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Namun begitu, emak bapaklah yang harus bangun lebih awal sebelum anak-anak bangun. 

Aku dan ayang bangun seawal 5.30 pagi, paling lewatpun 5.45 pagi. Itupun kalau baju anak- anak dah bergosok pada sebelah malam. Anak-anak perlu bangun seawal jam 6.00 pagi dan jam 6.30 pagi kami semua harus berada di depan meja untuk bersarapan air milo dan biskut kering. Alas perut untuk anak- anak ke sekolah. Jam 6.45 pagi kami harus bergerak ke sekolah sebab kena sampai depan pagar sekolah jam 7.15 pagi.

Bab bangun pagi, yang paling mudah bangun adalah Irfan. Panggil je nama Irfan dia dah bangun. Danish pula kalau dah tidor, memang tak menyador. Kena tepuk badan dia baru dia akan sedar. Paling liat nak bangun adalah Alya. Pehhh, anak dara sorang ni memang banyak kerenah. Nak bermanja dan menyentil semua ada. Nak mandi lagi satu hal. Paling leceh, aku kena tunggu anak dara ni bersiap barulah aku boleh turun ke bawah. Ada ke patut?

Nasib baik aku ada sorang je anak pompuan. Jadi, sabor ajelah...



Berikut adalah beberapa panduan atau tips untuk bangun pagi yang kita boleh cuba bagi mengatasi masalah ini.

1. Tidur awal sekitar jam 10.00 atau 11.00 malam supaya tidur kita mencukupi. Anak-anak perlukan 8 jam manakala org dewasa paling minimum 5 jam sehari. (Termasuk tidur siang)

2. Ambilah wuduk sebelum tidor. Jangan lupa solat Isyak.

3. Tanam azam dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, Tiga Qul, ayat Kursi dan doa sebelum tidor.



5. Pasangkan niat, " Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah Taala.

6. Maafkan semua orang sebelum tidor.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidor.

8. Elakkan dari melakukan maksiat sebelum tidor.

9. Gunakan jam loceng, tapi sekarang orang dah guna handphone. Setkan alarm untuk membantu kita terjaga dari tidor.

10. Minta jasa orang lain untuk kejutkan kita.

Kalau dah kena kejut pun tak bangun juga, memang nak kena siram air sebaldi nampak gayanya. wakakaka!

Januari 11, 2013

Kenapa Golongan Wanita Ramai Menghuni Neraka?




Ku titipkan artikel ini khas untuk mu anakku Alya Saffiyah...

Ramai golongan wanita tidak senang bila membaca tajuk di atas. Tetapi itulah realiti. Memang itulah kenyataannya kerana Rasulullah saw tidak pernah berdusta. Hadis nabi saw bertaraf sahih menjelaskan perkara ini. Iaitu Hadis riwayat imam al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah saw bersabda:

“Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakan penduduknya adalah golongan wanita.”

Sekiranya anda seorang perempuan, anda tidak perlu risau. Ramai tidak bermaksud tidak berpeluang langsung untuk masuk syurga. Hadis ini hanya menerangkan majoriti penghuni neraka, bukan tiada langsung golongan lelaki. Oleh itu berusahalah agar anda menjadi golongan yang berhak menghuni syurga.

 Apakah sebab?

Persoalannya apakah sebab ramai wanita jadi penghuni neraka? Rasulullah saw ada bersabda dalam beberapa hadis yang menyatakan punca-punca permasalahan ini. Antara penyebab-penyebabnya ialah :

1. Tidak bersyukur dan tidak menghargai  kebaikan suami

Dalam sebuah kisah ketika Rasulullah saw dan para sahabatnya melakukan solat gerhana, Rasulullah S saw melihat Surga dan neraka.

Ketika beliau melihat neraka beliau bersabda kepada para sahabatnya , “ … dan aku melihat neraka maka tidak pernah aku melihat pemandangan seperti ini sama sekali, aku melihat kebanyakan penduduknya adalah kaum wanita. Shahabat pun bertanya, “Mengapa (demikian) wahai Rasulullah?” Beliau saw menjawab, “Kerana kekufuran mereka.”

Kemudian ditanya lagi, “Apakah mereka kufur kepada Allah?” Beliau menjawab, “Mereka kufur terhadap suami-suami mereka, kufur terhadap kebaikan-kebaikannya. Kalaulah engkau berbuat baik kepada salah seorang di antara mereka selama waktu yang panjang kemudian dia melihat sesuatu pada dirimu (yang tidak dia sukai) nescaya dia akan berkata, ‘Aku tidak pernah melihat sedikitpun kebaikan pada dirimu.’ ” ( Imam al-Bukhari)
  
2. Mendedahkan aurat

Dalam hadis lainnya, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wassalam menjelaskan tentang wanita penduduk neraka, beliau bersabda, “ … dan wanita-wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya mereka telanjang, melenggak-lenggokkan kepala mereka kerana sombong dan berpaling dari ketaatan kepada Allah dan suaminya, kepala mereka seakan-akan seperti bonggol unta. Mereka tidak masuk Surga dan tidak mendapatkan wangian syurga padahal wangiannya dapat dihidu dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Imam Muslim)

Jalan Penyelesaian

1. Untuk selamatkan diri dari tergolong dalam penghuni neraka maka anda (para isteri) hendaklah berusaha untuk mengenang jasa dan berterima kasih terhadap kebaikan suami. Taatilah mereka dan bersyukurlah dengan apa yang ada. Jangan menafikan beribu kebaikan suami hanya kerana satu kekurangan yang ada pada dirinya.

2. Tutuplah aurat dengan sempurna. Jangan jadi seperti dalam hadis, ‘berpakaian tetapi bertelanjang’. Pada hari ini ramai yang menutup kepala tetapi memakai pakaian yang nipis, ketat sehingga menampakan susuk tubuh dan macam-macam lagi fesyen yang tidak memenuhi konsep menutup aurat yang sebenar.

3. Jaga solat, puasa dan kehormatan diri.

Terdapat satu hadis yang menerangkan berita baik bagi wanita iaitu hadis yang bermaksud :

“Perempuan apabila solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka masuklah dia akan syurga mana-mana pintu yang dikehendakinya.”( Ibn Hibban,disahihkan oleh al-Albaniy)

4. Perbanyakkan bersedekah

Ini berdasarkan hadis yang bermaksud :

Ketika beliau selesai khutbah hari raya yang menyuruh untuk bertakwa kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala dan anjuran untuk mentaati-Nya. Beliau pun bangkit mendatangi kaum wanita, beliau menasihati mereka dan mengingatkan mereka tentang akhirat kemudian beliau bersabda, “Hendaklah kamu bersedekah! Kerana kebanyakan kamu adalah kayu bakar neraka Jahanam!” Maka berdirilah seorang wanita yang duduk di antara wanita-wanita lainnya yang berubah kehitaman kedua pipinya, dia bertanya, “Mengapa demikian, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Kerana kamu banyak mengeluh dan kalian kufur terhadap suami!” (Imam al-Bukhari)

Dalam hadis yang lain baginda saw bersabda :

Selamatkanlah diri kamu dari neraka walaupun hanya ( bersedekah) dengan secebis kurma. (Imam al-Bukhari)

Semoga kita semua dirahmati oleh Allah dan ditempatkan di syurgaNya di akhirat kelak.

Januari 09, 2013

Ceritera tentang mobil-mobil ku

Aku mula mengenali dunia permotoran sejak di bangku sekolah lagi. Maklumlah duduk Felda, darjah enam dah berjinak- jinak dengan motorsikal. Biasanya, Honda 70cc abah menjadi mangsa. Masa tu susah, honda cabuk abah pun kira okey la untuk aku lenjan ke sana ke mari. Tingkatan satu dah berdesup ke sana ke mari, itu pekara biasa. Dok kat Felda ni, kalau dah besor panjang, tak reti bawa motor, bukan anak jantan namanya...hehehe

Ala-ala motorsikal abah Honda 70cc

Motor Kawasaki Kips 150cc ini memang menjadi kegilaan ramai remaja masa tahun 1995-1998. Angan-anganku menjadi nyata bila dapat duit PTPTN. Apa lagi, aku terus sambor sebijik. No. flat JCW 5642. Dengan motorsikal inilah aku melaram ke hulu ke hilir sewaktu belajar di UiTM dulu. Habis belajor di UiTM aku jual sebab nak kahwin. Sedih gak, tapi apa nak buat...


Kereta pertama aku beli selepas bekerja di Perpustakaan Tun Dr. Ismail, Johor Bahru adalah kereta Proton Saga Iswara Aeroback. Kereta mampu milik berharga RM 37K. Full loan, bayar 7 tahun sebanyak RM 550 sebulan. Macam nak terduduk bayor keta ni sebab gaji masa tu cuma RM 1200 je. Aku pakai kereta ni dari tahun 2003 hingga tahun 2007. No Flat JHA 875. Kayuh pelan-pelan bang...

Kereta pertamaku adalah Proton Saga Isawara Aeroback, tanpa sport rim
Kereta ni dibeli ayang selepas aku mendapat tawaran kerja di UiTM Segamat. Maklumlah, aku kena belayor jauh di Segamat manakala bini aku pula di JB. Kereta ni kecik, mudah la untuk cik adik tu bawak keta, paling penting nak parking pun mudah. Tahun 2009 kereta ni eksiden dan kami jual kepada Pak Long dengan harga RM 27K sahaja. Jual murah-murah je dengan sedara...

Kereta ayang


Kereta ke 2 ayang setelah Kenari

Kereta ke 2 ku agak mantap sedikit, maklumlah ekonomi dah mula stabil setelah bekerja di UiTM. Memang aku idamkan sebuah Toyota Vios kerna gayanya, kualitinya dan yang paling penting penjimatan minyaknya. Memang tiada tolok bandingnya. Aku beli kereta ini pada bulan Ogos 2007 sebagai hadiah harijadi kepada diriku sendiri. Baru pertama kali pakai keta import, memang syok! No flat JKK 4617.



Entah macam mana, suatu hari balik kerja aku singgah di Proton Edar dan terus booking Persona. Trade in Vios dengan harga RM 48K. Aku beli kereta ini pada Disember 2011 dengan duit muka sebanyak RM 37K, bayar bulan- bulan RM 235.00 sahaja. Inilah antara perkara tak masuk akal pernah aku buat. No Flat JNG 5247. Bila dah bawak Persona, 100% rasa tak syok! Akhirnya...



5/11/2012, aku mengunjungi Tan Chong Motor. Survey Nissan Almera punya hal. Kereta termurah dari Jepun dan terlaris di Malaysia sekarang. Deal punya deal, akhirnya aku angkat sebijik Nissan Almera. Trade in kereta Persona yang masih baru 11 bulan di pakai. Mileage pun tak sampai 15K lagi. Tak masuk akal, tapi inilah perkara nekad pernah aku buat. No flat JPA 5247 sama seperti keta Alza ayang. Bini barudari Jepun. hehehe...




2013, aku bertekad untuk membeli kenderaan yang akan aku gunakan di padang masyar kelak. Mudah-mudahan tercapai hasratku tahun ini untuk menunaikan ibadah korban. Aminnn...



"Jalan terus ke depan, jangan ke belakang."

Januari 04, 2013

Tidur sendiri

Tahun ini Danish dah darjah 3, maknyanya anak ayah ni dah pun berumur 9 tahun. Salah satu persoalan yang ditanya kepada ku adalah "Bulan 12 ni Danish kena sunat ke?" 

"Belum lagi, tunggu darjah 4 atau 5." ringkas jawabku. Nampak kelegaan dari riak wajahnya. Aku faham, dia begitu suspend, teruja, takut, berdebar rasa nak terkencing dan macam-macam lagilah rasa tak tentu bila terkenangkan sunat. hehehe...

Banyak kemajuan boleh dilihat dan ini menandakan anak-anakku sudah mula membesar. Antaranya :

1. Dah pandai menunggang basikal beroda dua.


2. Dah pandai mengaji dan membaca jawi. Dah Iqara 3.


3. Dah pandai membasuh pingan mangkuk sendiri sebab kuat makan. hehehe...



4. Dah boleh tidor di bilik sendiri. Cayalah abang Danish...ayah janji, nanti ayah akan siapkan bilik Danish, cat cantik- cantik, letak lampu baru, agar Danish lebih selesa. Satu je nasihat ayah, "Jangan takut tidor sendiri, kelak dalam kubor kita juga akan sendiri dalam liang lahad."

Jadilah anak yang berani, berjaya di dunia dan akhirat serta menjadi anak yang soleh. Ingat...ayah nak Danish jadi ustaz tau...


Januari 03, 2013

Dunia Baru Persekolahan 2013

Semalam merupakan hari penuh bersejarah buat keluarga kami. Alya memulakan sesi persekolahan di Tadika IPG Kampus Temenggong Ibrahim manakala Irfan dan Danish pula memulakan sesi persekolahan di SK Tasek Utara.

Seawal jam 6.00 pagi anak- anak sudah mula bangun, dan bersiap-siap untuk ke sekolah. Ayah dan mama terpaksa bangun lebih awal setengah jam dan bersiap lebih awal. Al-maklumlah, lepas ni nak siapkan anak-anak pulak. 

Alya si manja Ayah
Tepat jam 6.45 pagi kami memulakan perjalanan ke sekolah dengan satu kereta. Giliran kereta mama pulak kena lenjan hari ini. Kami berpecah kepada 2 kumpulan. Aku, Danish dan Irfan ke destinasi pertama di SK Tasek Utara manakala Mama dan Alya meneruskan perjalanan ke Tadika IPG Kampus Temenggong Ibrahim. 

Hari pertama ni, banyak betul ibabapa yang menemankan anak mereka di sekolah. Termasuklah aku. ekekek! Anak-anak berbaris panjang di perhimpunan, aku dan ibu bapa yang lain pun turut sama berbaris panjang ditepi sekolah mendengar ucapan Guru Besor. Kelakor! macam aku pulak nak ke sekolah...

Balik sekolah, laporrrr...ayah belanja KFC, Yeahhh!


Macam-macam keletah anak dapat dilihat pada hari pertama sesi persekolahan ni. Ada yang ceria, ada yang blur, ada yang monyok, ada yang menangis. Irfan nampaknya sedikit blur tetapi cool dan rileks je. Gaya budak pandai...hehehe! Danish dah darjah 3, dah pandai berdikari. Pandai membawa diri.

Aku tunggu sehingga Irfan masuk ke kelas. Aku skodeng dari belakang kelas. Nampak okay je dan tiada drama. Alhamdulillah...


Irfan duduk belakang sekali bersongkok. Gaya budak baik...hehehe

Alya pulak mama dia yang uruskan. Anak manja ni rajin dan bersemangat nak bersekolah dari tahun lepas. Tiada masalah dan drama. Syukur...

Ayah doakan semoga anak-anak ayah menjadi orang yang baik, anak yang soleh dan solehah, berjaya di dunia dan akhirat, sihat sejahtera dan menjadi orang yang kaya.

Amin...