Bulan ramadhan ni, ayang bangun seawal jam 4.00 pagi. Paling lewat pun jam 4.05 pagi. Aku antara sedar dan tidak, memeluk bantal dan meneruskan lelap. Ayang akan terus bangun untuk menunaikan tanggungjawabnya bagi menyiapkan juadah bersahur. Biasanya, aku akan 'order" dahulu apa yang nak dimakan. Biasalah, orang lelaki.
Pernah suatu hari, permintaan aku cukup mudah. "Masakkan abang sardin dengan telor dadar je." Nampak enteng tetapi sebaliknya!
Pagi itu, terdengar ayang mengetuk tin didapur, barangkali dia cuba membuka tin sardin agaknya. Hampir 15 minit dia mencuba untuk memuka tin sardin sahaja.
Rupanya, ayang memang langsung tak pandai membuka tin sardin. Dah 9 tahun berkahwin , baru kali ini rahsia terbongkar. Tetiba perasaan kasihan menerpa, aku bingkas bangun dan membantu. " Nahhh...siap."
Ayang diam dan terus memasak menu permintaan aku...tak pernah dia merungut. Walaupun ayang "cuti", dia akan terus memasak.
Begitulah... Adat memberi mengharap dibalas, namun sebaik-baik pemberi ialah orang yang tidak harap dibalas atau diucap terima kasih.
Insya Allah, Allah akan beri ganjaran pahala kepada ayang kerana tak jemu-jemu menyediakan juadah bersahur untuk aku. "Terima kasih, ayang..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan