"Ayah, semalam Danish kena rotan dengan cikgu." Danish mengadu.
"Kenapa?" tanyaku.
"Buku Bahasa Melaysia 1, asyik tak bawak je." Keluh Danish.
Sebenarnya, buku tersebut memang tidak ada pada Danish. Tiada juga di rumah. Mungkin kawan- kawan Danish terambil agaknya. Pagi tadi, bagi menyelesaikan masalah tersebut aku dan ayang ke sekolah berjumpa guru kanan HEM, kami berbincang.
"Insya Allah, nanti kami akan selesaikan hal ini." kata Cikgu Huda. Mendengar kata- kata cikgu, aku lega. Apa tidaknya, Danish sudah mula menyuarakan mahu berpindah sekolah gara- gara perkara kecil begini. Anak manja ...
Selesai berbincang, aku mengajak ayang ke kantin sekolah. Kami survey makanan yang dijual di kantin. Kebersihan kurang memuaskan, lalat banyak, makanan pulak tak bertutup. Patut la Danish banyak komen, "Makanan tak sedap."
Dalam diam, aku perhatikan sahaja Danish membeli air kotak bersama kawan- kawannya. Siap dia membeli, aku menghampirinya.
Terperanjat Danish...terkedu seketika, mungkin tak percaya dengan apa yang berlaku hari ini.
Hahaha... jangan tak caya. Ayah dan mama skodeng Danish disekolah.
ahahaha.. skodeng anak kat skolah mcm citer papadom :)
BalasPadam