Lukisan tersebut dihasilkan oleh Danish pada petang ini. Kisah anjing dan tulang serta 2 orang dewasa. Hanya Danish yang faham...
"Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi."
Ini pula hasil lukisan Irfan beberapa hari lalu selepas sesi persekolahan. Lukisan ini mungkin mengambarkan hatinya yang meronta- ronta. Beberapa hari kebelakangan ini, Ifran tidak mahu ke sekolah. Macam- macam alasan diberikan. Sakit gigi... sakit perut...badan tak sihat. Pandai dia berlakon, seperti benar- benar sakit.
Namun, aku tahu...itu semua hanya alasan. Mahu tak tak mahu, Irfan tetap kena ke sekolah juga.
hahahahah! comelnya lukisan anak2 en,idris ni hehe :)
BalasPadam