Cuti minggu yang lalu, kami sekeluarga menziarahi adik aku Jamaliah yang baru sahaja keluar dari hospital di rumahnya AU3, Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ke KL kami singgah di majlis perkahwinan anak bongsu Mak Teh, adik abah di Merlimau, Melaka sekejap.
Alhamdulillah, dari luaran Jamaliah nampaknya dah beransur pulih dan sihat.
Malam itu setelah makan malam di Setiawangsa kami ke KLCC. Sebenarnya, Irfan yang beria- ia nak ke KLCC dari mula sampai ke KL lagi. Alya pula memang tidak pernah ke KLCC. Kalau ada pun nampak dari jauh sahaja.
Kali ini, Alya benar- benar teruja. Dia nampak begitu gembira dan kagum. Apa tidaknya, KLCC di depan mata!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan