"Ayah, petang ni kita nak makan kat mana?" Tiba- tiba Danish bertanya. "Kan hari jadi Danish...mesti la makan special."
"Baiklah, ayah bawa ke kedai makan 1 Malaysia." seloroh ku. Kat kedai ni, melayu cina india semua ada. Kat mana lagi kalau tak kedai mamak, pekena teh tarik...capati...roti prata.
Balik rumah agak kepenatan, tapi untuk tidak mengecewakan Danish...aku dan ayang layan sahaja. Kami sediakan kek coklat untuk anak- anak merasai sedikit kegembiraan.
Hadiah Danish setelah berumur 7 tahun...special!!! dah lama dia idamkan meja study ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan