Januari 01, 2013

Shah Alam, again and again


Cuti sekolah pada bulan Disember 2012 kali ini semua anak-anak di bawa ke Shah Alam. Kebetulan ada kerja di sana. Penginapan dan transportation di sponsor oleh UiTM. Boleh klim balik ngan bendahari. Antara destinasi menarik yang kami kunjungi...memang best! 

1. Taman Pertanian Malaysia, Seksyen 8 Shah Alam

Anak-anak menunggu train untuk ke rumah 4 musim

Suhu -7 darjah celcius dalam rumah 4 musim

Sejuknya...
 
Abang Danish "Memang terbaek!"



Menara tu ada seribu satu kenangan bersama rakan sekelas PM23

 2. Perpustakaan termaju tahun 2012, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor



 





3. Nasi Arab dan teh arab di sebelah Masjid Shah Alam.
 
3 hari berturut-turut Alya makan nasi arab, memang special!
4. I-City



Nissan Almera, Ku sunting mu dengan lafaz bismillah...

Aku terpaut hati buat kali pertama pada hari aku menatap kecantikan dan kesempurnaan gayanya di surat khabar. Pehh...memang cun! Rasa hari tu juga aku nak melamarnya...

Petang itu, dengan restu isteri kami gagahkan kaki mengunjungi empunya diri. Kedatangan kami disambut mesra tuan rumah bernama Vivian, lembut orangnya. Bincang punya bincang, akhirnya empunya badan pun setuju dan kami telah mencapai kata sepakat.

Persona yang baru ku pakai 11 bulan akhirnya menjadi taruhan. Mr. Boon tauke Tan Chong setuju untuk mengambil Persona ku dengan harga RM 37K. Hutangku di bank ada lebih kurang 19K, maka campur itu ini ku cukupkan hantaran ku dengan bayaran sebanyak RM 20K.

Yesssss! Akhirnya, "Ku sunting mu dengan lafaz bismillah..."

Bini No1 dan bini baru No.4, wakaka!

Inilah Vivian SA Nissan yang tak pernah jemu melayan pertanyaan aku






Inilah buah hati baru aku, Nissan Almera. Orang Jepun, terbaek dalam kelas segmen B. Hehehe...


Disember 12, 2012

Happy Anniversary Sayang

Mengenalinya 16 tahun yang lalu, ketika itu kami dibangku sekolah tahun 1996 di Sekolah Tun Habab, Kota Tinggi. Al-maklumlah keputusan SPM tak berapa nak elok, jadi kenalah tampal dengan STPM untuk ke universiti. 

Terngiang-ngiang lagi ketika cikgu Rozaini yang mengajar subjek ekonomi 'mempaduk-paduk' antara kami berdua dalam kelas. "Hujung sana dengan hujung sini." selurohnya. Rentetan dari peristiwa itulah aku terpandang senyumannya yang manis menawan, mata yang redup ayu menusup kalbu. 

Dalam hati berkata dia pasti milikku. Yakin benar dalam hatiku ini hanya Allah yang tahu. Banyak juga gadis yang pernah bertandang di hati sebelum ini, tetapi kali ini begitu pasti si dialah bakal suri hidup aku. 

12/12/2002, hari Khamis jam 10.30 pagi janji terpatri, akhirnya kami bernikah dengan direstui kedua keluarga. Tarikh keramat ini ditentukan oleh abah, arwah emak, akak dan dipersetujui oleh keluarga isteri. Majlis persandingan sebelah perempuan pada 13/12 manakala sebelah lelaki pada 14/12. Kami hanya menurut apa yang dirancang sahaja.



Hari ini genap 10 tahun kami bersama sebagai suami isteri. Teringat masa dulu, masa baru-baru kahwin. Kami masuk ke rumah sewa di AU3, Kuala Lumpur. Kami hanya ada beberapa set pingan mangkuk pemberian arwah emak, 2 bantal bucuk, alas tempat tidor, dan 1 tv kecik hitam putih sebesar helmet. Tak de  set sofa, set dapur, set bilik tidor. 

Aduhai, bila dikenang semula, daifnya kami waktu tu. Kami bermula dari kosong! Gaji pun ciput je, baru 1000 + gaji ayang 1500. Berapa la sangat untuk hidup di kota besar Kuala Lumpur.

Susah senang kami tetap bersama. Perlahan-lahan kami mula beli dapur gas. Dapur gas ni kami beli di Mydin KL. Nak bawak balik rumah pun naik bas. Peralatan elektrik pertama kami beli ketika itu pulak adalah peti sejuk 1 pintu, tu pun hutang dari Courts. Wakaka! Bayar la ansur-ansur setiap bulan...barulah dapat merasa masakan isteri dengan adanya 2 benda asas ni.

Sekarang, zaman dah berubah. Kami dah ada 2 rumah sendiri. Sebiji di JP Perdana, sebijik lagi di Desaru. Kalau nak pindah umah kena sewa lori treler panjang la gamaknya. Keta pun dah ada 2 bijik, Cik Zaza dan Nissan Almari (coming soon). Anak pun dah 3 orang. Lengkap sudah apa yang aku impikan.

Syukur alhamdulillah Ya Allah...terima kasih kerna kurniakan aku isteri (Juriah Hj. Athman), anak-anak yang comel, (Abang Danish, Abang Irfan dan si manja Alya yang gediks...wakaka!) dan rezeki yang mewah sebegini. 

Tiada apa lagi yang aku dambakan selain satu, iaitu dapat membawa isteri dan anak-anakku ke Kaabah mu Ya Allah...

Disember 07, 2012

Jangan ko ulangi lagi!

Jangan ajar anak menjadi kurang ajar!

Semalam, kami terpaksa mengambil Alya lewat dari biasa. Maklumlah musim tengkujuh begini, petang sahaja pastinya hujan. Jalan raya di Johor Bahru ni, pantang je hujan pastinya jalan raya sesak disana sini. Hampir jam 7 sampai dirumah, dekat 2 jam memandu hanya dari office di Larkin menuju ke JP Perdana. Naik lenguh kaki aku menekan brek.

Sampai dirumah, Alya mula mengadu. "Tadikan, ada orang cubit peha Alya gini-gini, banyak kali." Pada mulanya aku tak percaya, mungkin biasa-biasa aje. Sebelum tidor, sekali lagi Alya merenget sakit di peha. Lain macam je nampak gayanya. 

Kedua-dua kaki berbekas kena cubit



Bila di lihat, "Ya Allah, sampai hati buat anak aku begini?" Bukan orang lain tu, anak sedara sendiri. Janganlah buat begini. Aku pun tak sampai hati nak menghukum anak aku sebegini. Kalau bukan kerna kita ni bersaudara, dah lama rasanya aku kasi pelempang kat pipi. 

Tolonglah, jangan ko ulangi lagi!

November 14, 2012

Ceritera Tadika Irfan dan Alya

"Bagaikan anjing dan kucing"

Pepatah melayu ini amat sesuai dikaitkan dengan anakku berdua ni. Mereka pantang dekat sesama sendiri, pastinya ada sahaja yang digaduhkannya. Namun, kalau mereka berjauhan, rindunya bukan kepalang. Merayu- rayu nak berjumpa sesama sendiri. Alahai anakku, Alya dan Irfan ... 

Mereka berdua ni sebenarnya amat rapat, maklumlah setahun satu. Alya berumur 5 tahun manakala Irfan berumur 6 tahun. Mereka bersekolah bersama- sama di Tadika Perpaduan Al Husna, Johor Jaya 6. Duduk sekelas sesama adik beradik ni memang seronok. Itulah kawan dan itulah juga lawan. 

Cikgunya pula bernama Rosnah. Baik orangnya. Setiap hari pastinya Alya memuji cikgu baik. Suapkan Alya makan, ajar Alya membaca, mewarna...berbakul- bakul dipujinya.


Irfan ditengah sekali menyanyikan lagu Tabika Kemas


Alya dapat hadiah kecemerlangan dalam Bahasa Malaysia
Irfan agak glamour di sekolah. Maklumlah, budak ni kan rambut perang, kulit putih ala ala Mat Saleh. Setiap hari ada seorang budak perempuan bernama Hidayah akan memberinya surat cinta. Comel budak tu, putih manis rupanya. Kalau dah besar ni pasti cantik. Alya pula sukakan Nabil. Alya pernah menyuarakan hasrat nak kahwin dengan Nabil. Wakaka! Gelak besar aku bila mengenangkan anak zaman sekarang. Advanced sungguh!

Kini cuti sekolah sudah bermula dan menandakan tamatlah persekolahan Irfan dan Alya di sekolah tersebut. Irfan sudah boleh membaca, Alya bolehlah baca 2 suku kata. Insya Allah, Irfan akan memasuki darjah satu di Sekolah Kebangsaan Tasek Utara manakala Alya akan bersekolah tadika di Tunas Mekar, IPTI. Mereka tidak lagi bersekolah bersama. Bagaimana ragamnya bila mereka dipisahkan. 

Kita tengok je la ragam mereka tahun depan ye...


November 02, 2012

Dia hadir dalam hidupku

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu."

Rezeki ini bermula pada 1 Disember 2006 apabila aku ditawarkan bekerja di UiTM Segamat sebagai seorang Pustakawan Gred S41. Bukan calang- calang orang yang boleh duduk kerusi itu. Dari puluhan orang yang mencuba nasib, sudah rezekiku berada di kerusi itu.

Syukur alhamdulillah, Ya Allah...

31 Oktober 2007 pula, lahirnya seorang puteri dalam hidupku. Alya Saffiyah namanya, comel pula orangnya, manjanya tidak terkata. Itulah satu- satunya anak gadisku...rezekiku semasa bekerja di UiTM.

Kini, Alya sudah mencecah umur 5 tahun. Suka duka, pahit maung kami lalui bersama. Mungkin inilah zuriat terakhir untukku. Wallahualam, hanya Allah yang tahu...

Happy birtyday Alya. 



Ayah, mama, abang Danish, Abang Irfan semuanya sayang adik. Jadilah anak yang solehah, sihat sejahtera selalu, berjaya di dunia dan diakhirat, mudah- mudahan tercapailah cita- citamu ingin menjadi doktor dan menjadi orang yang kaya. Amin...

Anak daraku ini selalu berangan, nak ada kereta besar, rumah besar, anak yang ramai, dan kalau ada duit banyak nak bagi ayah.

Ayah doakan semoga hajat adik tercapai dan dipermudahkan. Amin, Ya Allah...

Oktober 30, 2012

Perginya insan yang ku kasihi

Entry ini ku titipkan khas buat emak, Sapiah Binti Haji Mohd Salleh dimana hari ini genaplah 41 hari emak meninggalkan kami semua buat selama-lamanya. Al- Fatihah

Emak mula menderita penyakit jantung bengkak sejak bulan Julai 2012 dan semenjak itu emak sering berulang alik ke hospital. Batuknya agak teruk tak henti- henti kesan dari kegagalan jantungnya untuk mengepam air dari paru- paru. Hari ke hari kesihatannya semakin merosot sehinggalah 16 September 2012 kali terakhir emak ditahan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. Ketika itu, keadaannya stabil tetapi dari raut wajahnya terdetik dihatiku bahawa kali ini emak akan pergi buat selama-lamanya. Tanda-tandanya telah jelas terlihat diwajahnya.

Keputusan ujian Echo
"Abah, hidung emak dah jatuh sebelah." bisikku kepada abah. "Tak delah...hidung mak ko memang macam tu." Abah berkata dan aku mengerti. Kenyataannya itu sebenarnya untuk memujuk hatinya yang lara.


19 September 2012, aku tekad ingin mengambil cuti dan menemani emak di hospital. Nurse dan doktor tidak pernah menghalang aku keluar masuk sesuka hatiku. Mungkin mereka arif benar dan mengerti apa yang bakal berlaku. Hari itu, hajat emak ingin makan buah pelam potong, goreng pisang sempat juga aku tunaikan. Tak banyak yang dimakan, hanya sekadar merasa sahaja. 

Tidak seperti biasa, hari itu 2 kali emak membuang air besar. Banyak sekali jumlahnya tidak seperti biasa.

"Tak payahlah ko tolong emak, biar abah ko je yang bersihkan emak.

Aku hormati permintaannya dan mengerti dia malu aku melihatnya berkeadaan begitu. Jam 4.50 petang, aku meminta izin emak untuk beransur pulang mengambil ayang dan anak- anak. Tika itu emak nampak stabil. 

"Baliklah, uruskan anak bini ko pulak." bisik emak.

20 September 2012, seawalnya jam 6.00 pagi, abah menelefon aku. Hati berdebar seketika mendengar betapa sayunya perkhabaran yang diberitahu abah. "Emak ko Deris, cepat datang hospital..." kenapa tanya ku.

Rupanya selesai menyalin lampin, emak cuba mengesot membetulkan kedudukannya sambil menarik nafas dan menyebut kalimah Allah...di saat itu juga, rupanya malaikut maut telah menjemputnya. Jantungnya telah berhenti berdenyut. 

Hampir 2 jam  doktor cuba memberi bantuan pernafasan dan ternyata Allah lebih menyayangi emak. Emak sudah tiada lagi. Inalillah...


Hilanglah insan yang aku sayangi dan hilanglah jua insan yang selalu mendoakan kesejahteraan aku buat selama-lamanya.