November 02, 2012

Dia hadir dalam hidupku

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu."

Rezeki ini bermula pada 1 Disember 2006 apabila aku ditawarkan bekerja di UiTM Segamat sebagai seorang Pustakawan Gred S41. Bukan calang- calang orang yang boleh duduk kerusi itu. Dari puluhan orang yang mencuba nasib, sudah rezekiku berada di kerusi itu.

Syukur alhamdulillah, Ya Allah...

31 Oktober 2007 pula, lahirnya seorang puteri dalam hidupku. Alya Saffiyah namanya, comel pula orangnya, manjanya tidak terkata. Itulah satu- satunya anak gadisku...rezekiku semasa bekerja di UiTM.

Kini, Alya sudah mencecah umur 5 tahun. Suka duka, pahit maung kami lalui bersama. Mungkin inilah zuriat terakhir untukku. Wallahualam, hanya Allah yang tahu...

Happy birtyday Alya. 



Ayah, mama, abang Danish, Abang Irfan semuanya sayang adik. Jadilah anak yang solehah, sihat sejahtera selalu, berjaya di dunia dan diakhirat, mudah- mudahan tercapailah cita- citamu ingin menjadi doktor dan menjadi orang yang kaya. Amin...

Anak daraku ini selalu berangan, nak ada kereta besar, rumah besar, anak yang ramai, dan kalau ada duit banyak nak bagi ayah.

Ayah doakan semoga hajat adik tercapai dan dipermudahkan. Amin, Ya Allah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan