"Bagaikan anjing dan kucing"
Pepatah melayu ini amat sesuai dikaitkan dengan anakku berdua ni. Mereka pantang dekat sesama sendiri, pastinya ada sahaja yang digaduhkannya. Namun, kalau mereka berjauhan, rindunya bukan kepalang. Merayu- rayu nak berjumpa sesama sendiri. Alahai anakku, Alya dan Irfan ...
Mereka berdua ni sebenarnya amat rapat, maklumlah setahun satu. Alya berumur 5 tahun manakala Irfan berumur 6 tahun. Mereka bersekolah bersama- sama di Tadika Perpaduan Al Husna, Johor Jaya 6. Duduk sekelas sesama adik beradik ni memang seronok. Itulah kawan dan itulah juga lawan.
Cikgunya pula bernama Rosnah. Baik orangnya. Setiap hari pastinya Alya memuji cikgu baik. Suapkan Alya makan, ajar Alya membaca, mewarna...berbakul- bakul dipujinya.
Irfan ditengah sekali menyanyikan lagu Tabika Kemas |
Alya dapat hadiah kecemerlangan dalam Bahasa Malaysia |
Irfan agak glamour di sekolah. Maklumlah, budak ni kan rambut perang, kulit putih ala ala Mat Saleh. Setiap hari ada seorang budak perempuan bernama Hidayah akan memberinya surat cinta. Comel budak tu, putih manis rupanya. Kalau dah besar ni pasti cantik. Alya pula sukakan Nabil. Alya pernah menyuarakan hasrat nak kahwin dengan Nabil. Wakaka! Gelak besar aku bila mengenangkan anak zaman sekarang. Advanced sungguh!
Kini cuti sekolah sudah bermula dan menandakan tamatlah persekolahan Irfan dan Alya di sekolah tersebut. Irfan sudah boleh membaca, Alya bolehlah baca 2 suku kata. Insya Allah, Irfan akan memasuki darjah satu di Sekolah Kebangsaan Tasek Utara manakala Alya akan bersekolah tadika di Tunas Mekar, IPTI. Mereka tidak lagi bersekolah bersama. Bagaimana ragamnya bila mereka dipisahkan.
Kita tengok je la ragam mereka tahun depan ye...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan