Teringat pada bulan Disember 1998 dulu, pertama kali aku menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam untuk meneruskan perjuangan menimba ilmu buat bekalan duniawi. Waktu itu, aku ditempatkan di Kolej Delima, batch lelaki terakhir yang menginap di situ sebelum bertukar menjadi kolej perempuan.
Konsep penginapan adalah bilik sesebuah dengan penempatan untuk 3 orang. Teman sebilik aku waktu itu adalah Warih dari Negeri Sembilan dan Pian dari Muor. Mereka berdua ni baik- baik belaka orangnya. Kemudahan asas seperti katil, tilam, bantal, meja study, kerusi semuanya lengkap. Bilik menonton tv pun ada. Cuma tandas sahaja agak jauh dari bilik. Kalau malam-malam buta nak buang hajat tu, memang berfikir 2/3 kali la jawabnya. Keh keh keh!
Di UiTM Kampus Pasir Gudang, konsep kolej sudah banyak berubah. Kalau tak silap, stail apartment. Dalam sebuah rumah ada 3/4 bilik dan setiap bilik ditempatkan 2 orang pelajar. Toilet dalam rumah. Kalau lihat betul- betul, kemudahan kolej di kampus ini lebih selesa berbanding pengalaman aku beberapa puluh tahun yang lalu. Lantai kesemuanya berjubin penuh, perkakas perabot moden dan selesa. Surau/masjid juga berada berdekatan dengan kolej pelajar. Tak de alasan la lepas ni tak solat di surau/masjid.
|
Kolej Penginapan Pelajar |
|
Siap tempat sidaian baju |
|
Surau/masjid di tengah-tengah kolej |
|
Ada table top? Rumah RS kot... |
|
Dapur kering, maybe? |
|
Ada bar tu! |
|
Meja study, siap power point utk gunakan laptop |
|
Almari utk 2 orang |
Salam, encik. Boleh saya tahu bila kampus pasir gudang di buka? Encik ada info tak macam mana nak apply jawatan pensyarah di kampus ini atau jawatan hanya untuk dalaman sahaja? Mohon bantuan. Trime kasih
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
PadamAssalam... apakah kursus yang ditawarkan di UITM kampus Pasir Gudang?
BalasPadamDBA Transport dan semua kursus Diploma Kejuruteraan sahaja ditawarkan buat permulaan...
Padamadakah pelajar kejuruteraan uitm dungun perlu dipindahkan ke pasir gudang?
BalasPadammacam mana nak mohon jawatan pensyarah di sini.berminat untuk mengajar kursus transport
BalasPadamSatu bilik duduk brp org?
BalasPadam2 orang aje...
PadamUntungnyaa yang dpt uitm ni.
BalasPadamSaya dpt uitm ni
PadamNi kira hostel tapi stail apartment ye ?
BalasPadamSalam. Semua plajar dpt asrama tak ? Terima kasih sharing
BalasPadam