Diam-diam dah hampir penghujung bulan Ogos.
Ini bermakna, sudah tiba masanya aku perlu berkira-kira untuk merancang keperluan perbelanjaan sekolah anak-anak pada tahun depan. Gaji bulan 8 hingga bulan 12 perlu di simpan sedikit khusus untuk mereka bertiga memulakan sesi persekolahan tahun depan. Gaji bulan 1 hingga bulan 6 dulu aku dah rancang untuk persiapan raya. Perancangan persiapan raya semenjak awal tahun nampaknya berkesan. Tidaklah aku ternanti-nanti bonus yang tak pasti untuk bershoping baju raya.
Insya Allah, aku percaya setiap anak ada rezeki mereka sendiri. Namun, kita sebagai manusia perlu merancang lebih awal terutamanya untuk ibu bapa yang pendapatannya cukup makan sahaja seperti aku. Silap mengatur perancangan belanjawan naik sekolah, pening kepala la jawabnya...
Mari aku kongsikan anggaran perbelanjaan sekolah untuk 3 orang anak yang bersekolah rendah berdasarkan pengalaman lepas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan