Hari pertama @ bertolak ke Genting Highlands
Mengikut peraancangan bas bergerak dari kampus jam 6.15 pagi. Kami bertolak dari rumah seawal jam 5.45 pagi ke rumah Kak Long untuk menghantar Danish dan Irfan. Kami sampai agak lewat lebih kurang jam 6.30 pagi. Biasalah, janji dicapati dan akhirnya kami bergerak dari kampus jam 7.15 pagi. hehehe...
Irfan dan Danish terpaksa aku tinggalkan walaupun hati amat berat nak meninggalkan mereka di rumah Kak Long. Maklumlah, aku pergi naik bas gomen, atas tiket gomen pulak tu. Segan pulak nak bawak ramai-ramai. Dapat bawa Alya dan Ayang pun dah cukup baik...Insya Allah, ada rezeki nanti kita pergi sekali lagi.
Aku dan Nasir, pemandu UiTM juga kawan baik aku... |
Budak paling seronok dapat berjalan naik bas, hehehe... |
pm @ Genting Highlands
Kami sampai di kaki gunung Genting Highlands jam 4.30 petang. Penginapan disediakan di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands. Keseleruhan hotel ini bolehlah dikategorikan 'BAIK' kerana bilik besar, bersih, selesa, lokasi pun strategik. Kalau lapar, bolehlah p ngeteh kat kedai mamak Nasi Kandar disebelah hotel atau pekena makanan variasi Thai. Ke dua-dua buah kedai berada berhampiran dengan hotel. Di belakang hotel, ada Strawberry Farm. Jalan kaki pun boleh...tapi, apakan daya tak sempat nak kesana.
Kabus, sejuk, nyaman... |
Hari Kedua @ Genting Skyway Cable Car
Destinasi seterusnya adalah menuju puncak Genting Highlands. Bas tidak boleh naik keatas atas faktor keselamatan, kedaan jalan dan faktor bas. Akhirnya, semua sepakat kami akan menaiki Skyway Cable Car untuk menuju ke puncak.
Bila tiba di destinasi, kaki aku jadi lemah longlai untuk melangkah. Apa tidaknya, bila melihat kondisi Cable Car yang tergantung tu agak tinggi sayup ke awan. Adoi, kecut perut dibuatnya...tapi, aku gagahkan juga untuk mencuba dan teruskan perjalanan. Sempat mengucap dulu sebelum naik ke puncak, ekekek!
Muatan asas 8 orang sahaja. Mcam Kapsul Goku pulak... |
Dah sampai awan... |
Sampai ke puncak... |
Alhamdulillah, kalau sampai sini dah lega dah... |
@ Strawbery Farm Genting Highlands
Lastly, sebelum balik tu singgah le sekejap di Ladang Strawberry ala-ala di Cameron Highlands. Boleh petik sendiri seperti tanaman tu kita punya sendiri. keh keh keh...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan