Julai 11, 2013

Menyambut Ramadhan 1434


10 Julai 2013, bertemu bulan Ramadhan buat tahun ini sekali lagi. Syukur alhamdulillah, diberi kesempatan sekali lagi untuk merasai nikmat berpuasa. Mudah-mudahan kami sekeluarga diberi kesihatan yang baik, diberikan kekuatan dan semangat untuk berpuasa penuh. Hari pertama berpuasa, kami berbuka di rumah sahaja. Tahun ini, kami tak balik ke rumah abah seperti tahun lalu. Hanya kami anak- beranak sahaja berbuka bersama. 

Seawal jam 4.30 pagi ayang sudah mula bangun. Masa untuk memasak hanya 30 minit sahaja kerana jam 5 pagi kami harus bersahur. Dahulu, arwah emak yang memasakkan aku makanan. Dah 11 tahun berkahwin, rutin menyediakan makanan beralih kepada isteri ku pula. Semua anak-anak bangun dan bersahur bersama. Mereka sangat teruja dan bersemangat sekali.

Puasa yang yang yok!

Jam 11.00 pagi, Irfan dan Alya sudah mula merenget. "Ayah, perut adik lapar, nak makan." Hahaha...biasanya, Alya dan Irfan susah nak makan. Bila di ajak makan, memanjang je tak mahu. Sekarang, baru tahu nikmatnya makanan. Akhirnya, setelah berpuluh pujuk rayu, akhirnya mamanya kesian. Maklumlah, anak. Maka, berbukalah dua beradik ni...

Buat apa tu? 

Danish berpuasa.

Pertama kali Danish berpuasa pada usia 10 tahun. Bagi membina semangat untuk Danish berpuasa, aku mulakan dengan solat 5 waktu dahulu. Jika dia boleh jaga solat, insya Allah berpuasa pasti tiada masalah.  Jam 11.30 pagi hingga 1.30 petang Danish tertidor kerana keletihan dan menahan lapar. Biarkan saja dia berehat dan melayan perasaan.



Berbuka puasa.

Juadah berbuka puasa kali ini mengikut citarasa selera aku. Ayang menurut sahaja apa yang aku cadangkan. Aku cuma mahukan ketupat, kari ayam dan sayur jawa goreng. Roti jala tu, ayang yang tambah manakala ikan pari bakar tu atas permintaan Danish. Kami masak bersama- sama. Semua makanan ini fresh dari dapur kami sekeluarga.



Jam 7.18 malam, azan pun berkumandang menandakan masuknya waktu Maghrib dan waktu berbuka puasa bagi Johor Bahru dan sekitarnya. Lihatlah betapa cerianya muka anak ayah ni setelah berbuka puasa. Habis ikan pari yang diidamkannya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan