Jun 03, 2013

Pak Andak

Cuti hujung minggu yang lepas, kami sekeluarga ke rumah Pak Andak di Felda Redong, Labis, Segamat. Sepatutnya minggu lepas kami ke sana tetapi disebabkan Atok Abah dan Syahid ada urusan ke KL jadi terpaksalah kami tangguhkan hajat untuk menziarahi bapa saudaraku yang sekarang ini sedang terlantar sakit.

Kunjungan kali ini bersama beberapa orang adik beradik aku yang lain. Balong, Akak, Adah bersama keluarga masing-masing...

Kali terakhir aku berjumpa dengan Pak Andak ialah pada bulan September 2012, waktu arwah emak meninggal dunia. Ketika itu dia kelihatan sihat walafiat. Pada masa itu, yang nampak uzur adalah Mak Andak. Namun, sekarang sebaliknya pula.

Allah maha berkuasa...
"Kun fayakun" Jika Allah kata berlaku, maka berlakulah ia. Berfikir sejenak...

Mak Andak ini sebenarnya bukan hanya ibu saudara aku, tetapi menurut arwah emak dia juga merupakan ibu susuan aku. Entah apa cerita di sebalik kejadian yang berlaku sebelum ini sehingga aku minum susu Mak Andak aku pun kurang pasti. Apa yang pasti, arwah emak beritahu Mak Andak pernah menyusukan aku sewaktu aku masil bayi lagi. Malas nak fikir lebih-lebih, nanti lebih banyak cerita terungkai. Wallahualam...

Siah Binti Haji Md Salleh, adik arwah emak...
Hasil pengamatan mata kasar aku, keadaan Pak Andak nampak uzur. Dia tak boleh makan, hanya minum susu sahaja. Makan bubur pun hanya sesuap dua sahaja. Jika makan, dia akan muntah. Kesihan aku melihatnya. Tapi, apakan daya aku juga hanyalah manusia biasa. Aku hanya mampu memanjatkan doa kepada Allah agar diringankan beban yang ditanggungnya sekarang ini. 

Ya  Allah, sembuhkanlah segala penyakitnya bapa saudaraku ini. Amin...


Gambar kenangan kami sekeluarga bersama Mak Andak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan