Mandi air panas terutama jika musim hujan dan sejuk, memang syok. Biasanya kami mandi air panas dari water heater sahaja. Maklumlah, duduk di bandar JB ni kalau nak keluor koje kena awal sikit. Mandi seawal jam 6.00 pagi tu adalah perkara biasa.
Trip kali ini membawa anak-anak merasai sendiri kolam air panas semulajadi yang keluar dari perut bumi. Perjalanan dari Johor Bahru mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja. Bila dah sampai ke Pekan Labis, kena masuk lagi ke kawasan pendalaman sehingga jumpa Kg. Air Panas. Perjalan dari Pekan Labis ke kolam air panas pula kira-kira 9 km sahaja.
Kolam No.2 panas... |
Kami sampai ke sana kira-kira jam 5.00 petang. Cuaca sudah mulai redup. Tiket masuk cuma RM 8.00 sahaja untuk kami sekeluarga. Kira murahlah...Dari jauh kelihatan ramai pengunjung berbangsa Cina berseluor pendek mandi manda. Orang Melayu dan India boleh kira.
Apa rahsianya?
Dengor ceritanya, orang Cina merasai kehangatan air panas semulajadi yang keluor dari bawah tanah bukan sekadar beriadah semata-mata. Aktiviti mandi manda dan merendam kaki di kolam air panas bertujuan penyembuhan daripada penyakit selain menenangkan minda dan fikiran. Air panas semulajadi dari perut bumi akan keluor bersama mineral semulajadi yang berguna untuk merawat tekanan, sakit kulit, lenguh badan, mengeringkan kesan luka serta membantu melancarkan semula pengaliran darah.
Kolam berpagar terletak ditengah-tengah adalah sumber air panas yang keluor dari perut bumi. Kemudian air panas ini disalurkan ke kolam kecil di sekeliling untuk kegunaan orang ramai. Ini adalah kolam No. 1 paling panas antara semua kolam yang ada.
Ini pula kolam No. 2 panas. Siap dengan kemudahan berbumbung untuk seisi keluarga merendamkan kaki di sini. Air suam-suam panas...kalau budak-budak pun boleh tahan lagi la.
Malangnya, kolam ini agak kotor. Mungkin kerana sudah terlalu lama tidak di cuci atau sikap manusia yang pengotor. Kami hanya mencecahkan kaki beberapa minit sahaja dan bingkas bangun apabila terjumpa sesuatu yang jijik di dalam kolam tu...uweek!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan