Februari 25, 2011

Skodeng Anak Sekolah

"Ayah, semalam Danish kena rotan dengan cikgu." Danish mengadu.
"Kenapa?" tanyaku.
"Buku Bahasa Melaysia 1, asyik tak bawak je." Keluh Danish.

Sebenarnya, buku tersebut memang tidak ada pada Danish. Tiada juga di rumah. Mungkin kawan- kawan Danish terambil agaknya. Pagi tadi, bagi menyelesaikan masalah tersebut aku dan ayang ke sekolah berjumpa guru kanan HEM, kami berbincang.

"Insya Allah, nanti kami akan selesaikan hal ini." kata Cikgu Huda. Mendengar kata- kata cikgu, aku lega. Apa tidaknya, Danish sudah mula menyuarakan mahu berpindah sekolah gara- gara perkara kecil begini. Anak manja ...

Selesai berbincang, aku mengajak ayang ke kantin sekolah. Kami survey makanan yang dijual di kantin. Kebersihan kurang memuaskan, lalat banyak, makanan pulak tak bertutup. Patut la Danish banyak komen, "Makanan tak sedap."

Dalam diam, aku perhatikan sahaja Danish membeli air kotak bersama kawan- kawannya. Siap dia membeli, aku menghampirinya.

Terperanjat Danish...terkedu seketika, mungkin tak percaya dengan apa yang berlaku hari ini.

Hahaha... jangan tak caya. Ayah dan mama skodeng Danish disekolah.

Februari 22, 2011

Pabila jari tersepit

Seperti kebiasaannya, tepat jam 5 aku dan Danish akan berkejar ke Taska Sek Men Vokasional Azizah untuk mengambil Irfan. Begitulah rutin kerja seharian setelah office hour tamat.

Setibanya di taska, Irfan melambai keriangan menyambut kedatangan aku. Maklumlah, nak balik rumah. Punyalah senyum lebar. Masa sampai tadi, bukan main lagi menangis. Pandai Irfan berdrama ...

Dalam kelam kabut dan mengejar masa, aku terus menutup pintu kereta. Tanpa disedari ibu jari masih lagi disisi pintu. Aduh!!! Sakitnya bila jari tersepit. Dari zahiriah aku lihat sepertinya tiada apa- apa yang cedera. Cuma bertukar warna kemerahan sahaja tetapi rasanya pehhh...berdenyut- denyut.

Aku buat biasa je untuk control macho depan anak. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya ibu jari ayah ni. Hua...hua..

Malam tadi, tidur juga tak berapa nyenyak mungkin kerna tidak berapa selesa sepertinya gigitan semut api yang sesekali datang sekali pergi. Ya Allah, dugaan kecil ini diharapkan dapatlah kiranya menghapuskan dosa- dosa kecil yang telah aku lakukan.

Februari 17, 2011

Selera si puteri

Anak kecil, biasanya agak susah diberi makan. Tidak terkecuali si Alya. Memang agak susah nak mengajaknya makan. Kebiasaanya, susu campur nestum sahaja yang diminumnya.

Pagi tu, selepas membeli lauk pauk di stulang laut dari orang asli yang berjualan di tepi pantai...kami terus ke kedai mamak Al- Kausar di Setia Indah. Ni tempat biasa kami sekeluarga sarapan terutamanya hari cuti. Menu hari itu roti prata dan kuah kari. Alya nampak berselera. Habis sekeping roti prata dimakannya.

"Alya makan banyak hari ni. Alya nak cepat tinggi."  Kalaulah hari- hari selera si Alya begini, alangkah baiknya. Tidaklah alya kurus seperti sekarang. "hehehe..."






Februari 10, 2011

Tangan seni

Lukisan tersebut dihasilkan oleh Danish pada petang ini. Kisah anjing dan tulang serta 2 orang dewasa. Hanya Danish yang faham...

"Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi."


Ini pula hasil lukisan Irfan beberapa hari lalu selepas sesi persekolahan. Lukisan ini mungkin mengambarkan hatinya yang meronta- ronta. Beberapa hari kebelakangan ini, Ifran tidak mahu ke sekolah. Macam- macam alasan diberikan. Sakit gigi... sakit perut...badan tak sihat. Pandai dia berlakon, seperti benar- benar sakit.

Namun, aku tahu...itu semua hanya alasan. Mahu tak tak mahu, Irfan tetap kena ke sekolah juga.




Februari 09, 2011

Pabila keletihan

Setelah seminggu bercuti, sekolah dibuka semula minggu ini. Danish bangun awal jam 6.00 pagi setiap hari. Mungkin kerna sudah biasa, jadi Danish tiada masalah bangun awal. Mandi pun senang, apa tidaknya mandi air suam. Tak macam zaman aku kecik dulu, mana ada water heater...mandi air kolah je.

Semalam, Danish agak keletihan. Dia jarang tidur siang. Katanya, tak bagus tidur siang. Tapi semalam, balik sahaja dari sekolah agama dia tertidur kat sofa di office aku. Kesian...penat rupanya bersekolah ni.

Anakku ingatlah, biarlah kita bersusah- susah dahulu. Nanti kemudian, Danish juga yang senang.


Februari 08, 2011

Bercuti di Sun Rising, Telok Ramunia

Cuti raya cina yang agak panjang dan kebetulan cuti sekolah, kami habiskan bersama keluarga sahaja. Plan asal nak ke rumah abah di Air Tawar 3 tetapi berubah setelah semua adik beradik berkumpul dan bercuti di Sun Rising, Telok Ramunia. Tempat ni agak terpencil di Telok Ramunia, Pengerang.


3 beradik di Sun Rising Beach Resort


Kimi

Alya

Mak dan abah

Seronok bermain

Ayang posing di tepi laut

Team bakar - Abg Ngah (Suami akak), Kak Teh dan kawannya Rina

Amir dan Aina

Ayam yang hangus di bakar

Kasih dan ayahnya Balong

Otak-otak kempas hangus

Teruja nampak KLCC


Cuti minggu yang lalu, kami sekeluarga menziarahi adik aku Jamaliah yang baru sahaja keluar dari hospital di rumahnya AU3, Kuala Lumpur. Dalam perjalanan ke KL kami singgah di majlis perkahwinan anak bongsu Mak Teh, adik abah di Merlimau, Melaka sekejap.

Alhamdulillah, dari luaran Jamaliah nampaknya dah beransur pulih dan sihat.

Malam itu setelah makan malam di Setiawangsa kami ke KLCC. Sebenarnya, Irfan yang beria- ia nak ke KLCC dari mula sampai ke KL lagi. Alya pula memang tidak pernah ke KLCC. Kalau ada pun nampak dari jauh sahaja.

Kali ini, Alya benar- benar teruja. Dia nampak begitu gembira dan kagum. Apa tidaknya, KLCC di depan mata!