September 15, 2009

Di hujung Ramadhan 1430 Hijrah

Sekarang, semua pasar raya penuh! Persiapan rayalah katakan, memang semua orang berpusu-pusu membeli persiapan terakhir untuk berhari raya.

Alhamdulillah, tahun ni aku dah belikan 3 pasang pakaian biasa dan sepasang baju melayu untuk anak-anak. Ayang, aku tak belikan apa-apa. Hanya sedikit hiasan tangan untuk dipakai di Aidilfitri kelak. Aku pulak, ala kadar sahaja.

Kekadang aku terfikir, kalau aku susah ...ada lagi yang lebih susah dari aku. Bagaimana agaknya persiapan mereka untuk beraya. Aku selalu berpesan ngan anak-anak,

"Beruntung awak ni, nak apa semuanya ada. Jadi, kita mesti selalu bersyukur."

Kehidupan aku masa kanak-kanak agak susah kerana aku hanyalah anak peneroka Felda. Abah keje teruk, tapi rezeki cukup apa yang ada sahaja. Kesian abah. Persiapan raya dulu cukup dengan sehelai baju dan sehelai seluar serta sepasang kasut Power. Maklumlah, anak ramai.

Tapi, aku tetap bersyukur dan gembira.

1 ulasan:

  1. BETUL EN IDRIS....KITA HARUS BERSYUKUR KERANA SEKURANG-KURANGNYA DAPAT PAKAI BAJU BARU DIPAGI RAYA. SYUKUR ALHAMDULILLAH....

    BalasPadam