Ogos 21, 2013

Perancangan Belanjawan Sekolah 2014


Diam-diam dah hampir penghujung bulan Ogos. 

Ini bermakna, sudah  tiba masanya aku perlu berkira-kira untuk merancang keperluan perbelanjaan sekolah anak-anak pada tahun depan. Gaji bulan 8 hingga bulan 12 perlu di simpan sedikit khusus untuk mereka bertiga memulakan sesi persekolahan tahun depan. Gaji bulan 1 hingga bulan 6 dulu aku dah rancang untuk persiapan raya. Perancangan persiapan raya semenjak awal tahun nampaknya berkesan. Tidaklah aku ternanti-nanti bonus yang tak pasti untuk bershoping baju raya.


Insya Allah, aku percaya setiap anak ada rezeki mereka sendiri. Namun, kita sebagai manusia perlu merancang lebih awal terutamanya untuk ibu bapa yang pendapatannya cukup makan sahaja seperti aku. Silap mengatur perancangan belanjawan naik sekolah, pening kepala la jawabnya...

Mari aku kongsikan anggaran perbelanjaan sekolah untuk 3 orang anak yang bersekolah rendah berdasarkan pengalaman lepas.


Ogos 19, 2013

2 Hari 1 Malam @ Genting Highlands


Hari pertama @ bertolak ke Genting Highlands
Mengikut peraancangan bas bergerak dari kampus jam 6.15 pagi. Kami bertolak dari rumah seawal jam 5.45 pagi ke rumah Kak Long untuk menghantar Danish dan Irfan. Kami sampai agak lewat lebih kurang jam 6.30 pagi. Biasalah, janji dicapati dan akhirnya kami bergerak dari kampus jam 7.15 pagi. hehehe...

Irfan dan Danish terpaksa aku tinggalkan walaupun hati amat berat nak meninggalkan mereka di rumah Kak Long. Maklumlah, aku pergi naik bas gomen, atas tiket gomen pulak tu. Segan pulak nak bawak ramai-ramai. Dapat bawa Alya dan Ayang pun dah cukup baik...Insya Allah, ada rezeki nanti kita pergi sekali lagi.



Aku dan Nasir, pemandu UiTM juga kawan baik aku...




Budak paling seronok dapat berjalan naik bas, hehehe...


pm @ Genting Highlands
Kami sampai di kaki gunung Genting Highlands jam 4.30 petang. Penginapan disediakan di Hotel Seri Malaysia, Genting Highlands. Keseleruhan hotel ini bolehlah dikategorikan 'BAIK' kerana bilik besar, bersih, selesa, lokasi pun strategik. Kalau lapar, bolehlah p ngeteh kat kedai mamak Nasi Kandar disebelah hotel atau pekena makanan variasi Thai. Ke dua-dua buah kedai berada berhampiran dengan hotel. Di belakang hotel, ada Strawberry Farm. Jalan kaki pun boleh...tapi, apakan daya tak sempat nak kesana.




Kabus, sejuk, nyaman...


Hari Kedua @ Genting Skyway Cable Car
Destinasi seterusnya adalah menuju puncak Genting Highlands. Bas tidak boleh naik keatas atas faktor keselamatan, kedaan jalan dan faktor bas. Akhirnya, semua sepakat kami akan menaiki Skyway Cable Car untuk menuju ke puncak.

Bila tiba di destinasi, kaki aku jadi lemah longlai untuk melangkah. Apa tidaknya, bila melihat kondisi Cable Car yang tergantung tu agak tinggi sayup ke awan. Adoi, kecut perut dibuatnya...tapi, aku gagahkan juga untuk mencuba dan teruskan perjalanan. Sempat mengucap dulu sebelum naik ke puncak, ekekek! 


Muatan asas 8 orang sahaja. Mcam Kapsul Goku pulak...



 





Dah sampai awan...




Sampai ke puncak...

Alhamdulillah, kalau sampai sini dah lega dah...





@ Strawbery Farm Genting Highlands
Lastly, sebelum balik tu singgah le sekejap di Ladang Strawberry ala-ala di Cameron Highlands. Boleh petik sendiri seperti tanaman tu kita punya sendiri. keh keh keh...






Ogos 15, 2013

My family @ Syawal 2013


 Syawal @ JP Perdana ...

My house @ JP Perdana







1 Syawal @ Hotel Tok Abah

Si manja Alya...comel!

Otai di rumah Tok Abah

Aqil

My wife n  Irfan

Anak abah...hehehe


Syahid, Abah, Kimi, Kak Teh, dan Dayah

My Family

Adah, suaminya Amy dan Iqa

My Family, abah dan Balong

Kak Long

Jamaliah dan suaminya Fadil



Ogos 06, 2013

Kolej @ UiTM Kampus Pasir Gudang

Teringat pada bulan Disember 1998 dulu, pertama kali aku menjejakkan kaki ke UiTM Shah Alam untuk meneruskan perjuangan menimba ilmu buat bekalan duniawi. Waktu itu, aku ditempatkan di Kolej Delima, batch lelaki terakhir yang menginap di situ sebelum bertukar menjadi kolej perempuan. 

Konsep penginapan adalah bilik sesebuah dengan penempatan untuk 3 orang. Teman sebilik aku waktu itu adalah Warih dari Negeri Sembilan dan Pian dari Muor. Mereka berdua ni baik- baik belaka orangnya. Kemudahan asas seperti katil, tilam, bantal, meja study, kerusi semuanya lengkap. Bilik menonton tv pun ada. Cuma tandas sahaja agak jauh dari bilik. Kalau malam-malam buta nak buang hajat tu, memang berfikir 2/3 kali la jawabnya. Keh keh keh!

Di UiTM Kampus Pasir Gudang, konsep kolej sudah banyak berubah. Kalau tak silap, stail apartment. Dalam sebuah rumah ada 3/4 bilik dan setiap bilik ditempatkan 2 orang pelajar. Toilet dalam rumah. Kalau lihat betul- betul, kemudahan kolej di kampus ini lebih selesa berbanding pengalaman aku beberapa puluh tahun yang lalu. Lantai kesemuanya berjubin penuh, perkakas perabot moden dan selesa. Surau/masjid juga berada berdekatan dengan kolej pelajar. Tak de alasan la lepas ni tak solat di surau/masjid. 


Kolej Penginapan Pelajar

Siap tempat sidaian baju

Surau/masjid di tengah-tengah kolej

Ada table top? Rumah RS kot...

Dapur kering, maybe?

Ada bar tu!

Meja study, siap power point utk gunakan laptop

Almari utk 2 orang