Jun 12, 2013

Teduhan Kasih

Rasanya dah lama aku tak tengok drama melayu. Biasanya, jam 7 malam sementara Maghrib aku tengok NTV7, tengok berita lepas tu jam 8 malam pulak aku tengok TV3 pun tengok berita di Buletin Utama. Kalau nasib tak baik, tengah tengok berita, TV pulak tengok aku. 

Apa lagi, dah terlelap. Zzzzz...kui kui kui!

Satu hari tu, lepas usai solat Maghrib tangan pun gatai tukor TV3. Cerita apa ni, bosan je. Waktu tu menunjukkan siri cerita Teduhan Kasih. Tengok si Iffa nak bersalin, suami dia pulak tak de. Dia keluor rumah nak p hospital, tunggu teksi punyalah lama tak kunjung tiba. Alahai ciannya...pastu datanglah seorang hero dari Singapore tu murah hati datang membantu. Penyelamat Iffa dan anaknya Adam yang baru dilahirkan. Eh, makin tengok makin best la...tunggu la kejap.

Wakaka...akhirnya setiap kali usai Maghrib aku tengok cerita tu kat bilik atas. Anak- anak tengok Hall in the wall @ Disney Channel kat bawah ye. Ayah nak feeling2 ngan mama kat atas. kui kui kui!


Inilah sinopsis cerita Teduhan Kasih yang aku cedok dari  seorang blogger. Minta izin share ye blogger. Cerita ini merupakan saduran dari novel "Teduhan Kasih" di tulis oleh Marissa terbitan Karya Seni.



Teduhan Kasih mengisahkan tentang pasangan Iffa (Sherry Ibrahim) dan Ryzal (Shah Iskandar) yang hangat bercinta dan kemudian membuat keputusan untuk berkahwin, walaupun tidak direstui oleh ibu Ryzal, Puan Suraya. Sejak berkahwin, Iffa dan Ryzal sering bergaduh, adakalanya, wanita itu teruk dipukul oleh suaminya. Kebahagiaan yang diidam oleh Iffa berkecai apabila sahabat baiknya sendiri iaitu Ayu (Nabila Huda) menggoda Ryzal hanya untuk menyakiti Iffa. Ditambah pula, Puan Suraya yang tidak senang melihat perkahwinan mereka sering menabur fitnah terhadap Iffa.

Suatu hari, Iffa pergi ke klinik selepas mengalami pening kepala dan mual. Dia disahkan mengandung. Iffa gembira dengan berita tersebut namun diselubungi dengan rasa serba salah apabila mengenang hubungannya dengan Ryzal. Di dalam takut, dia tetap memberanikan diri untuk berkongsi berita berkenaan sambil berharap suaminya akan berubah. Pada waktu Iffa ingin berterus-terang dengan Ryzal, Ayu muncul di rumah mereka. Pengakuan Ryzal tentang hubungannya dengan Ayu disusuli lafaz cerai talak satu mengejutkan Iffa. 

Tanpa hala tuju, Iffa pulang ke rumah ibu tirinya, Maimun selepas dihalau oleh Puan Suraya. Di rumah itulah dia telah diperlaku seperti hamba dan sejarah tersebut bakal berulang di hari mendatang. 9 bulan kemudian, Ayu dan Ryzal berkahwin pada hari Iffa dijangka akan melahirkan anak. Ayu sengaja memilih tarikh tersebut untuk menambah derita Iffa. 

Iffa yang panik dan tidak tahan sakit menggagahkan diri keluar rumah bersendirian sebelum berselisih dengan Ehsan (Adi Putra). Atas rasa kasihan, Ehsan menghantar Iffa ke hospital dan menemani wanita tersebut sehingga Iffa melahirkan anak lelaki yang diberi nama Adam Ehsan. Lelaki asing ini melayan Iffa seperti seorang isteri, segala belanja dan keperluan Adam juga dipenuhi dengan ikhlas. Ehsan merupakan seorang CEO di sebuah syarikat, dia mempunyai segalanya termasuklah wanita-wanita cantik namun hidupnya kosong tanpa arah.

Pada waktu ini, Iffa merasa sangat terharu kerana masih ada insan yang sudi membantunya. Ehsan pula merasakan sesuatu yang sangat indah dengan kehadiran Iffa. Dua hari di hospital, jururawat memberitahu Iffa bahawa dia sudah boleh pulang pada hari itu. Iffa menyambut perkhabaran itu dengan serba salah. Pertanyaan di hatinya... di manakah dia hendak pergi? Ehsan kelihatan gelisah pada hari tu.

Ehsan menawarkan tempat tinggal untuk Iffa tetapi tidak memaksa jika Iffa menolak. Bagaikan tiada pilihan lain, Iffa mengangguk setuju. Dengan sifat Ehsan yang romantik, mengambil berat, manja dan kasihkan Adam membuatkan hati Iffa tercuit rasa sayang. Ehsan mengambil keputusan untuk menikahi Iffa demi Adam. Dalam kebahagiaan yang baru hendak dikecapi, sekali lagi Ayu datang untuk meruntuhkan kebahagiaan Iffa. Namun, kali ini Iffa nekad tidak akan berdiam diri dan membiarkan Ayu merampas kebahagiaan yang dimiliki bersama Ehsan.

Jun 10, 2013

Cuti Sekolah lagi...

Cuti sekolah kembali lagi. 

Anak-anak terutama Irfan dah mula request nak pergi jalan-jalan ke Felda Residence Tanjung Leman. Amboi, bukan main lagi taste anak sekarang. Zaman aku dulu, memang tak merasa la jawabnya. Kalau ada pun balik kampung kat Telok Rimba, Muor dan Sungai Rambai, Melaka sajelah. Bermain sawah bendang Atok Abah, ikut Balong dan Alang mengunjun ikan Haruan di parit ban adalah perkara biasa. 

Kalau tak balik kampung, memang hari- hari aku masuk ke kebun kelapa sawit. Tolong abah mengutip hasil kelapa sawit, pastu tajur ikan keli ataupun ikan haruan kat parit, main tembak-tembak, main zero pa in, main bola rondes, dan macam-macam lagilah. Memang seronok jadi budak kampung. 

Anak- anak sekarang lain. Cuti sekolah je dia dah terbayang hotel...terbayang kolam renang...terbayang makan kat hotel. Untung sungguh. 

Alhamdulillah, rezeki anak- anak ni memang Allah dah janjikan. Gaji aku banyak tu juga, tapi cukup untuk mereka semua. Cuti sekolah kali ini, aku bawa anak-anak ke Felda Residence Tanjung Leman buat kali ke- 4. Dulu, rumput baru nak tumbuh. Sekarang, rumput dah tumbuh melata. Cantik menghijau...Inilah kenangan mengusik jiwa buat kenangan kami sekeluarga.

Pemandangan tepi laut, nampak pulau sekitar Mersing








amboi, rileks sakan...

Mama berendam...


Budak dah pandai berenang...eksyen bukan main

2nd day, kami Check In ke Hotel Seri Malaysia buat kali ke-3. Hotel ini kira okey la... Maklumlah hotel bajet. Air cond, water heater, perabot masih lagi menggunakan zaman pak kadok punya, masih tidak berubah. TV ada penambahbaikan sedikit. Kalau dulu, hanya ada TV 14 inci sekarang dah tukar TV LCD 32 inci. Malangnya, siaran tak terang walaupun siaran Astro. Alahai...


Irfan keletihan...keh keh keh






Last but not least, jangan lupa singgah membeli keropok lekor kalau ke Mersing. Ada banyak pilihan kedai, tapi kali ini kami memilih untuk membeli di kedai Keropok Mak Teh. Beberapa tahun yang lalu, sebungkus keropok lekor baru 5 hinggit, besor pulak tu saiznya. Sekarang, sebungkus dah 7 hinggit, saiznya kecik sikit, tepung pun dah lebih sikit. Maklumlah, harga barang dah naik...Sejujurnya pada pendapat aku, keropok lekor kedai ni kurang sedap dan banyak tepong. Pilihlah kedai lain.




Jun 04, 2013

Ketawa

Dari Abu Hurairah radiallahu anhu, dia berkata ; Rasululullah saw bersabda :

" Janganlah kalian banyakkan ketawa, sesungguhnya membanyakkan ketawa akan mematikan hati." ( Hadis Riwayat At-Tarmizi dan Ibn-Majah dinilai sahih oleh Al-Abani.)

Dari Aishah isteri Nabi saw bahawa dia berkata, " Saya tidak pernah melihat Nabi saw ketawa terbahak-bahak hingga kelihatan tenggorok baginda, baginda biasanya hanya tersenyum" (Imam Al-Bukhrai dan Muslim).

Berdusta, membuat lawak bodoh, menghina orang lain, berkata lucah, mencarut dan seumpamanya supaya orang lain gelak dan ketaw dilarang oleh Islam. Malah diancam dan dilarang keras oleh Rasulullah saw dalam hadis ;

" Celakalah orang yang berbicara lalu dia berdusta kerana mahu orang ramai ketawa, celakalah baginya." (Abu Daud, Tirmizi, bertaraf hasan)

Oleh yang demikian, kita diharuskan bergurau dan melawak dalam batasan yang dibenarkan. Kita juga hendaklah menghindari ketawa yang berlebihan dan berusaha menjauhi bergurau yang boleh mengundang dosa.
Saidina Umar al-Khatab pernah berkata, seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, maka akan kuranglah taatnya kepada Allah. Ketawa yang sampai ke tahap berlebihan, maka ia lebih mengundang perkara negatif. Orang banyak ketawa lebih suka membiarkan masa berlalu tanpa di isi dengan sesuatu yang bermanfaat. Banyak ketawa juga boleh melupakan manusia daripada mengingati mati dan himpunan dosa yang menimbun dalam diri.

Apabila lupa kepada mati, manusia lupa membuat persiapan menuju ke alam abadi kerana terlalu leka dengan keindahan, kekayaan, keseronokan, pangkat dan kegembiraan yang lebih hanya bersifat sementara. Justeru itu, muhasabah diri adalah jalan terbaik supaya tidak terlalu leka dengan keseronokan dan keriangan yang dinikmati di dunia ini.

Semoga Allah swt membimbing kita ke jalan yang diredhainya. Wallahualam...

Jun 03, 2013

Kolam Air Panas Labis

Mandi air panas terutama jika musim hujan dan sejuk, memang syok. Biasanya kami mandi air panas dari water heater sahaja. Maklumlah, duduk di bandar JB ni kalau nak keluor koje kena awal sikit. Mandi seawal jam 6.00 pagi tu adalah perkara biasa. 


Trip kali ini membawa anak-anak merasai sendiri kolam air panas semulajadi yang keluar dari perut bumi. Perjalanan dari Johor Bahru mengambil masa lebih kurang 2 jam sahaja. Bila dah sampai ke Pekan Labis, kena masuk lagi ke kawasan pendalaman sehingga jumpa Kg. Air Panas. Perjalan dari Pekan Labis ke kolam air panas pula kira-kira 9 km sahaja. 

Kolam No.2 panas...
Kami sampai ke sana kira-kira jam 5.00 petang. Cuaca sudah mulai redup. Tiket masuk cuma RM 8.00 sahaja untuk kami sekeluarga. Kira murahlah...Dari jauh kelihatan ramai pengunjung berbangsa Cina berseluor pendek mandi manda. Orang Melayu dan India boleh kira. 

Apa rahsianya?

Dengor ceritanya, orang Cina merasai kehangatan air panas semulajadi yang keluor dari bawah tanah bukan sekadar beriadah semata-mata. Aktiviti mandi manda dan merendam kaki di kolam air panas bertujuan penyembuhan daripada penyakit selain menenangkan minda dan fikiran. Air panas semulajadi dari perut bumi akan keluor bersama mineral semulajadi yang berguna untuk merawat tekanan, sakit kulit, lenguh badan, mengeringkan kesan luka serta membantu melancarkan semula pengaliran darah.


Kolam berpagar terletak ditengah-tengah adalah sumber air panas yang keluor dari perut bumi. Kemudian air panas ini disalurkan ke kolam kecil di sekeliling untuk kegunaan orang ramai. Ini adalah kolam No. 1 paling panas antara semua kolam yang ada.


Ini pula kolam No. 2 panas. Siap dengan kemudahan berbumbung untuk seisi keluarga merendamkan kaki di sini. Air suam-suam panas...kalau budak-budak pun boleh tahan lagi la.





Malangnya, kolam ini agak kotor. Mungkin kerana sudah terlalu lama tidak di cuci atau sikap manusia yang pengotor. Kami hanya mencecahkan kaki beberapa minit sahaja dan bingkas bangun apabila terjumpa sesuatu yang jijik di dalam kolam tu...uweek!


Pak Andak

Cuti hujung minggu yang lepas, kami sekeluarga ke rumah Pak Andak di Felda Redong, Labis, Segamat. Sepatutnya minggu lepas kami ke sana tetapi disebabkan Atok Abah dan Syahid ada urusan ke KL jadi terpaksalah kami tangguhkan hajat untuk menziarahi bapa saudaraku yang sekarang ini sedang terlantar sakit.

Kunjungan kali ini bersama beberapa orang adik beradik aku yang lain. Balong, Akak, Adah bersama keluarga masing-masing...

Kali terakhir aku berjumpa dengan Pak Andak ialah pada bulan September 2012, waktu arwah emak meninggal dunia. Ketika itu dia kelihatan sihat walafiat. Pada masa itu, yang nampak uzur adalah Mak Andak. Namun, sekarang sebaliknya pula.

Allah maha berkuasa...
"Kun fayakun" Jika Allah kata berlaku, maka berlakulah ia. Berfikir sejenak...

Mak Andak ini sebenarnya bukan hanya ibu saudara aku, tetapi menurut arwah emak dia juga merupakan ibu susuan aku. Entah apa cerita di sebalik kejadian yang berlaku sebelum ini sehingga aku minum susu Mak Andak aku pun kurang pasti. Apa yang pasti, arwah emak beritahu Mak Andak pernah menyusukan aku sewaktu aku masil bayi lagi. Malas nak fikir lebih-lebih, nanti lebih banyak cerita terungkai. Wallahualam...

Siah Binti Haji Md Salleh, adik arwah emak...
Hasil pengamatan mata kasar aku, keadaan Pak Andak nampak uzur. Dia tak boleh makan, hanya minum susu sahaja. Makan bubur pun hanya sesuap dua sahaja. Jika makan, dia akan muntah. Kesihan aku melihatnya. Tapi, apakan daya aku juga hanyalah manusia biasa. Aku hanya mampu memanjatkan doa kepada Allah agar diringankan beban yang ditanggungnya sekarang ini. 

Ya  Allah, sembuhkanlah segala penyakitnya bapa saudaraku ini. Amin...


Gambar kenangan kami sekeluarga bersama Mak Andak