April 26, 2013

Next trip : KL

"Abang, ayang kena meting kat KL dari 22 hingga 25 hb ni." ayat penyata dari bini aku. 

"Lama bebenor", jawab ku selamba. 

"Pergilah naik bas, nanti balik abang ambik. Budak-budak sekolah." tiada bantahan, maknanya okay la tu. hehehe...

Jadi 24 hb tu aku gagahkan jugalah menerobos Lebuhraya Utara Selatan menuju ke Kuala Lumpur bersama anak-anak untuk menjemput isteri tersayang. Semuanya tak sabar nak ke KL, confius juga...tak sabar nak jalan-jalan atau tak sabar nak jumpa mama dia? Hehehe...mama jangan mare!

Anak-anak terutamanya Irfan dah request, jam 10 pagi kita mesti bertolak ke KL. Amboi...bukan main lagi ye. Kelam kabut aku dibuatnya. Mahunya tidak, biasanya beg pakaian bini aku yang siapkan. Aku tinggal angkat je. Kali ni, aku kena siapkan dari A-Z. Pehhh, jenuh juga le, nak siapkan sarapan lagi.

Sampai di Kuala Lumpur, kami terus ke Vistana Hotel. Bini aku dah uruskan penginapan untuk kami semua. Petang tu pulak hujan lebat, masa terbaik untuk berehat sebentar menghilangkan lelah memandu. Malam tu kami ke Kg. Baru untuk makan malam. Restoran Tom Yam 3000 menjadi pilihan kali ini. Kedai pun bersih, masakan pun boleh tahan sedap dan harganya boleh tahan murah. 



Jam 9 malam, kami ke KLCC menaiki LRT. Nak tengok tiang seri Malaysia. Tambang RM 11.20 untuk kami 5 beranak. Murah je...Teruja anak-anak nak naik keretapi. Kat JB mana jumpa semua ni. Rasanya agak lama aku tinggalkan KL sampaikan nak naik STAR LRT pun dah tak reti. Maklumlah kena tukar transit ke Putra LRT kat Masjid Jamek sebelum sampai di KLCC.






Sampai di KLCC, anak-anak kata nak masuk dalam KLCC. Agaknya apalah yang dibayangkan mereka ye? Rupanya hanya ada shoping complex macam di Jusco Tebrau je...Lepas tu kami lepak di tepi tasik menyaksikan pertunjukan air pancut berirama di taman KLCC. Ramai pelancong kat situ...

Alya jealous...

Esoknya dah balik JB, singgah sekejap ke Tg. Agas, Muor. Jalan-jalan sambil beriadah bersama anak-anak. Nampak kat belakang tu, Irfan dan Danish syok bermain mainan UFO Terbang. 

Pastu pekena Mee Bandung Muor sebelum bergerak balik ke JB. Memang terbaik! Balik lalu jalan lama melalui Parit Jawa-Yong Peng. Sesat sekejap setengah jam. Nasib jumpa jalan balik semula. hehehe...





Gambar di bawah ni pula sekitar Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur. Lokasi terbaik kalau nak berehat dan lari sekejap dari kesesakan lalu lintas. Permainan kanak-kanak pun banyak. Mesti anak-anak suka...










April 09, 2013

Mandi laut lagi

Cuti minggu yang lepas, kami sekeluarga ke Tanjung Balau. Mulanya tak mahu ke sana, tapi apakan daya. Desakan anak-anak akhirnya mama dan ayah mengalah juga...

Ini adalah lokasi biasa untuk kami anak- beranak. Maklumlah, boleh singgah rumah ke dua kami di Mutiara Desaru. Dah hampir siap nampak gayanya.

Musim tengkujuh pun sudah berlalu. Ini bermakna ombak kuat sudah tiada. Air laut sangat tenang. Hanya ada ombak kecil sekali sekala datang. Inilah masanya yang sesuai untuk mandi laut bersama anak-anak.

Lihatlah keajaiban ciptaan Allah, hamparan laut yang tenang, angin sepoi bahasa...


Dalang utama plan nak ke Tanjung Balau...ekekeke!



Irfan dah berendam dulu nampaknya..hahaha


April 05, 2013

Siapakah makhluk itu?

"Kenapa Alya menangis? Bukannya ada orang marah atau pukul Alya pun..." 

Pujuk aku kepada Alya pagi tadi. Malam tadi, dekat sejam dia menangis. Pagi tadi bangun tidur pun sambung menangis.

"Alya nampak ada kakak tu duduk kat atas dekat lampu. Dia pegang baby pastu dia campak baby tu kat Alya." Dia duduk tunduk je tengokkan Alya." Alya meluah rasa.

"Apa warna kakak tu? Cantik tak muka dia." saja berseloroh.

"Muka dia tak cantik...warna biru." tambah Alya.

"Dia buat apa?" tanyaku ingin tahu.

"Dia duduk tunduk je, dia pegang baby..." selamba je Alya berkata-kata.

Makhluk berwarna biru ni telah banyak kali diceritakan Alya. Irfan pun perasan. Kalau mengigau je, dah banyak kali dia cakap makhluk berwarna biru ni. Entah betul, entahkan tidak aku pun tak pasti. Tapi dari raut wajah Alya ketika itu, memang dia tengah takut sangat.

Sebenanrnya, kisahnya hampir sama seperti kisah aku dari kecil yang selalu diganggu oleh makluk wanita bertubuh kecil tetapi berwarna putih. Wajahnya kosong, tetapi tangannya halus dan lembut seperti kapas. Dah lama dia tak ganggu aku, semenjak berkahwin ni lama dia tak menziarahi aku. Rupanya ada kawan lain yang menziarahi anak aku.

Pelik, ngeri, tak masuk akal pun ada...

April 02, 2013

Air Papan Beach Resort, Mersing

Destinasi percutian kali ini adalah di Air Papan Beach Resort, Mersing. Lokasinya agak jauh di pendalaman daerah Mersing. Perjalanan dari Johor Bahru menaiki Nissan Almera tidak terasa walaupun 2 jam memandu. 

Jalan biasa tanpa tol tetapi selekoh tajam sentiasa menunggu di depan membuatkan aku sentiasa awas dalam pemanduan. Pemandangan hutan dara dan ladang kelapa sawit menghiasi kiri kanan sepanjang perjalanan membuatkan mata sentiasa segar bugar memandang kehijauan alam.

Sebelum bergerak, kami ngeteh di kedai mamak pekena capati dulu...

Comel tak isteriku? hehehe...

Setelah 2 jam perjalanan, akhirnya kami sampai di Bandar Mersing. Bandar ini pesat membangun tidak seperti 5 tahun yang lalu. Hotel tumbuh melata di sana sini. Persisiran pantai sudah terbina tebing konkrit yang cantik. Pelancong Mat Salleh bersepah di sana sini. Mungkin nak ke pulau berdekatan agaknya...

Aku sangat sukakan Mersing. Kedai makan banyak, makanan laut pun segar. Keropok lekor yang sedap di Johor pun berasal dari sini jugak.

Mercu tanda 'Mersing' gah atas bukit

Disebabkan sampai awal, kami nak Check In pun tak boleh. Jadi lokasi terbaik adalah bersantai di taman awam Mersing. Selesa untuk beristirehat dan bersantai bersama anak-anak. Lokasinya betul- betul di persisiran pantai, memang indah...




Check In - Air Papan Beach Resort. Melati Biru Bilik No.2


Apa lagi, mandi kolam...







Mandi laut...




 





Makan malam kami di Restoran Brother Joe. Ikhlasnya aku ratingkan restoran ini sebanyak 3.5 bintang. Kedainya bersih, selesa dan menarik terutama pada waktu malam. Nak parking pun mudah. Harga boleh tahan berbaloi dengan kualiti makanan. Tak de la mahal sangat. 

Kalau tokey kedai ni pamerkan ikan, udang, sotong segar depan kedai macam kat Senibong, Johor Bahru lagi puas hati rasanya. Lagi meriah orang nak memilih...lagi satu, view restoran kalau boleh menghadap ke laut lagi cantik. Tak de la memandang ke padang futsal yang terbiar kat depan kedai tu...hehehe banyak betul aku kritik.




Ikan siakap masak 3 rasa, sayur chap cai dan tomyam, boleh tahan sedap...

Kalau ke laut, jangan lupa bangun awal. Selepas solat subuh duduklah di tepi laut dan nantikan keindahan matahari terbit.




Serba sedikit gambar Chalet Melati Biru yang kami sewa. Unik, teringat kami semasa percutian di Chalet Rempah Ratus Mak Siti di Muar. Sama sebijik...

Almari dan cermin di sediakan di laluan ke tandas

TV LCD 32 Inci. Tapi siaran Astro agak terhad, bosan tahap gaban...

Katil Single untuk anak-anak

Katil Double untuk ayah dan mama

Toilet yang luas, tapi water heater rosak...aptb