Februari 08, 2013

Emak mertua ku

Awal tahun 2013, satu dugaan berat telah menimpa keluarga isteriku apabila emak mertuaku Hajah Rasiah Md Zin telah disahkan menghidap cancer ovari. Pembedahan untuk membuang ketumbuhan di dalam rahimnnya telah dilakukan pada hari semalam 7hb Febuari 2013. Pembedahan di lakukan oleh pakar bedah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Hampir 7 jam berada di dalam bilik pembedahan, bisa membuatkan hati semua anak-anak berasa gundah gulana tidak keruan. Aku amat memahaminya ... 
Teringat suatu masa dahulu, pertama kali bercakap dengannya adalah melalui telefon. Ketika itu, ayang merajuk dan tidak mahu menjawab telefon. Emaknnya pulak yang menjawab panggilan tersebut terus bertanya soalan killer kepada aku,

"Ada apa-apa ke dengan anak mak cik ni?" Terang dan nyata soalannya.

"Saya memang berkawan dengan Juriah.. mak cik,dan kalau ada jodoh saya nak jadikan dia isteri saya." jawabku dengan penuh keyakinan.

Bila fikir balik, aje giler...apa la yang aku cakap ngan bakal mak mertua aku ni, ekekek! Maklumlah, masa tu baru tingkatan 6 Atas, sekolah lagi beb.

Kemudian, dia menasihatkan aku, "Kalau nak kawan, baik-baiklah dan jangan gaduh-gaduh." Masih terngiang-ngiang lagi nasihatnya tu kat telingga aku.

10 tahun lebih aku mengenali ibu mertuaku ini. Sejak balik dari menunaikan haji, dia adalah orang yang baru. Mungkin kerana hajinya mabrur dan dosa-dosanya telah diampunkan oleh Allah. Wajahnya bersih dan bercahaya. Dia semakin dekat dengan Allah. Setiap malam bangun untuk menunaikan solat sunat, puasa sunat tak pernah tinggal. Kalau balik ke kampung, pastinya kami akan mendengar tazkirah darinya. 
Kini, emak mertuaku terlantar di hospital. Umurnya telah menjangkau 65 tahun. Mungkin penyakitnya ini agat berat untuk ditanggungnya. Aku doakan semoga emak cepat sembuh dan kembali memberi tazkirah kepada kami semua setiap kali kami balik ke rumah.

Kita hanya manusia biasa. Sakit pasti datang sama ada cepat atau lambat. Nasib kita belum tahu lagi...Ingatlah, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kita tidak terkecuali...Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Jangan ingat umur kita yang masih muda boleh menjamin kita sihat selamanya. Sementara masih muda dan kuat inilah untuk kita beramal ibadat kepada Allah. 

Ya Allah, Aku ingin ke syurgamu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan