Februari 28, 2013

Nissan Almera Club Malaysia

Sebenarnya, tak pernah terlintaspun untuk aku join kelab kereta sebelum ini. Entah macam mana sejak terbeli kereta Almera ni, aku asyik tercari-cari maklumat mengenai kereta ni terutama komen-komen pengguna lain serta aksesori terkini yang berada dipasaran. 

Group kereta ni amat aktif terutama di Selangor dan KL tetapi ahlinya berada di serata Malaysia termasuk dari Johor, Penang dan Sarawak. Pernah sekali aku join perjumpaan dengan ahli kelab sebelah selatan dan berkenalanlah kami sekeluarga dengan Puan Rafidah dan suaminya Dmjb Azroy, Azmeen dan beberapa orang cikgu yang juga pemilik kereta Almera. Lupa dah namanya...ekekek!

Maklumat lanjut, bolehlah search di Facebook : Nissan Almera Club Malaysia (NACM).

No. 2 dari kiri adalah JPA 5247

No. Ahli NACM 024

Februari 26, 2013

Untungnya orang Felda


Rumah untuk generasi kedua Felda ini akan dijual pada harga RM 70,000.00 seunit. Sejumlah 300 unit rumah akan di bina di tanah rancangan Felda Besut, Terengganu, Chini Timur 2 Pahang, dan Tenggaroh di Johor.

Rumah mampu milik ini untuk generasi ke dua Felda. Maklumlah, bukan semua anak peneroka Felda ni yang senang dan berjaya. Sekurang-kurangnya, dapatlah mereka hidup sendiri berdikari tidak lagi menumpang dirumah orang tua sendiri.

Anak peneroka generasi ke dua kalau bekerja dan duduk di sana, belilah...jangan lepaskan peluang ini.

Februari 25, 2013

UiTM Kampus Pasir Gudang

Dalam diam-diam, sudah hampir 7 tahun aku ditempatkan di UiTM Johor Bahru. 2013 merupakan tahun terakhir aku akan bertugas di sini sebelum berpindah ke UiTM Kampus Pasir Gudang pada awal tahun 2014. Tak sabar rasanya nak berpindah ke office baru yang dikhabarkan siap pada Januari 2014 ini nanti. 

Rumor atau fakta, aku pun tak pasti kerna aku juga ternanti-nanti...keh keh keh!

Majlis pecah tanah telah diadakan pada 17 Julai 2010 oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Khaled Nordin. Kampus ni merupakan projek PFI dimana UiTM akan sewa beli kampus ini selama 20 tahun. Terdapat 5 fakulti yang akan dijalankan di sini antaranya Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Kimia dan Pengurusan Perniagaan (Transport).


Pelan keseluruhan tapak projek


Lokasinya strategik di Bandar Seri Alam. Bandar ini merupakan bandar pendidikan yang terdapat di Iskandar Malaysia. 

Dulu...


Terkini! Hasil lawatan tapak pada Januari 2013. Ianya sangat mengujakan...

Pandangan dari pintu masuk

Kolej

Bangunan Pentadbiran


Library @ my office

Dari dataran bangunan pentadbiran

Fakulti

Februari 21, 2013

Ke laut lagi

"Irfan suka ke hotel, tak kisahlah kalau ayah bawa ke hotel buruk sekalipun Irfan tetap suka..." itulah ayat manis dari anakku Irfan ketika berbual dengannya beberapa hari lalu.

Saat itu aku tergambar betapa gembiranya mereka ketika kali terakhir kami bercuti ke Melaka. Seronok bermain air di kolam renang walaupun kami tidur di chalet buruk D'Village Melaka. 

Jadi, bagi tidak menghampakan mereka, cuti hari minggu yang lepas aku bawa mereka berkelah. Lokasinya di cadangkan sendiri oleh anak-anak dan kata sepakat dipersetujui mama mereka.

"Jom ke Batu Layar..." 



My Almera bersantai tepi laut, comel kan?



Awal tahun ni, angin monsun bertiup kencang. Ombak besar dan kuat membuatkan akupun naik seram bila berada di tepi pantai. Akhirnya, kami hanya berani mececahkan kaki di tepi pantai sahaja. Tak berani nak mandi jauh-jauh. Insya Allah lepas bulan 3 ni, air laut akan kembali cantik dan tenang. Memang sesuai bercuti ke laut ketika itu...moh le kita!

Tengoklah mereka, seronoknya bermain air...




Februari 08, 2013

Emak mertua ku

Awal tahun 2013, satu dugaan berat telah menimpa keluarga isteriku apabila emak mertuaku Hajah Rasiah Md Zin telah disahkan menghidap cancer ovari. Pembedahan untuk membuang ketumbuhan di dalam rahimnnya telah dilakukan pada hari semalam 7hb Febuari 2013. Pembedahan di lakukan oleh pakar bedah di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Hampir 7 jam berada di dalam bilik pembedahan, bisa membuatkan hati semua anak-anak berasa gundah gulana tidak keruan. Aku amat memahaminya ... 
Teringat suatu masa dahulu, pertama kali bercakap dengannya adalah melalui telefon. Ketika itu, ayang merajuk dan tidak mahu menjawab telefon. Emaknnya pulak yang menjawab panggilan tersebut terus bertanya soalan killer kepada aku,

"Ada apa-apa ke dengan anak mak cik ni?" Terang dan nyata soalannya.

"Saya memang berkawan dengan Juriah.. mak cik,dan kalau ada jodoh saya nak jadikan dia isteri saya." jawabku dengan penuh keyakinan.

Bila fikir balik, aje giler...apa la yang aku cakap ngan bakal mak mertua aku ni, ekekek! Maklumlah, masa tu baru tingkatan 6 Atas, sekolah lagi beb.

Kemudian, dia menasihatkan aku, "Kalau nak kawan, baik-baiklah dan jangan gaduh-gaduh." Masih terngiang-ngiang lagi nasihatnya tu kat telingga aku.

10 tahun lebih aku mengenali ibu mertuaku ini. Sejak balik dari menunaikan haji, dia adalah orang yang baru. Mungkin kerana hajinya mabrur dan dosa-dosanya telah diampunkan oleh Allah. Wajahnya bersih dan bercahaya. Dia semakin dekat dengan Allah. Setiap malam bangun untuk menunaikan solat sunat, puasa sunat tak pernah tinggal. Kalau balik ke kampung, pastinya kami akan mendengar tazkirah darinya. 
Kini, emak mertuaku terlantar di hospital. Umurnya telah menjangkau 65 tahun. Mungkin penyakitnya ini agat berat untuk ditanggungnya. Aku doakan semoga emak cepat sembuh dan kembali memberi tazkirah kepada kami semua setiap kali kami balik ke rumah.

Kita hanya manusia biasa. Sakit pasti datang sama ada cepat atau lambat. Nasib kita belum tahu lagi...Ingatlah, setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Kita tidak terkecuali...Marilah kita sama-sama meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah. Jangan ingat umur kita yang masih muda boleh menjamin kita sihat selamanya. Sementara masih muda dan kuat inilah untuk kita beramal ibadat kepada Allah. 

Ya Allah, Aku ingin ke syurgamu...

Februari 01, 2013

Book Fair Malaysia 2013

"Book Fair datang lagi, jom serbu..." 

Itulah sentakanku kepada rakan sekerja. 


Kerja sebagai Pustakawan ni memang tak boleh lari dari mencari buku. Cari buku baik-baik untuk orang lain baca. Itulah antara kerja aku sebagai pustakawan. Nampak mudah, tapi nak mencari buku yang baik dan berkualiti aku harus menjadi seorang yang teliti dan berfikiran luas. Lepas memilih buku, aku kena standby Panadol sebab kepala aku sakit setelah banyak berfikir. Letih tak boleh kata. 

Buat pertama kalinya, Malaysia menganjurkan 2 kali Book Fair dalam setahun. Buat permulaan ni, hanya buku terbitan tempatan sahaja yang di pamerkan. Bulan 4 nanti, ada satu lagi International Book Fair yang akan diadakan. Masa tu, banyak penerbit dari luar negara datang dan masa itulah aku akan bawa pakar-pakar bidang untuk memilih buku-buku rujukan untuk kegunaan para pelajar.

Bab tempat tidor...majikan aku memang terbaik, tempat tidor memang selesa dan class punya, kat hotel tu. Biasanya hotel 5 bintang sama ada di Seri Pacific Hotel atau Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Memang terbaik...Kami berkampung 2 hari 1 malam di sana semata-mata untuk mencari bahan bacaan.

Mudah- mudahan apa yang aku lakukan diberkati oleh Nya dan dapat dimanfaatkan oleh semua pembaca. Bacalah dan gunakanlah buku sebaik- sebaiknya. Jangan sia- siakan peluang yang ada.