Minggu ni, masuk minggu ke-3 sesi persekolahan tahun 2011. Pelbagai perkara berlaku sepanjang 2 minggu lepas.
Irfan... antara cabaran terbesar untuk aku setiap hari terutama bab bangun dan mandi pagi. Bangun pagi cukup liat, al maklumlah sejak kecil dia memang bangun lewat. Suruh mandi, dia menangis dan meragam hinggalah nak pakai baju sekolah. Memang susah nak mengubah kebiasaan.
Sehingga ke hari ini, baru 7 hari dari 11 hari Irfan ke sekolah. Dah 2 minggu ni, setiap Khamis dan Jumaat dia demam. Demam bukan sebab malas ke sekolah, tapi demam yang agak panas sehingga 40 darjah.
Kesian Irfan...
Cerita tentang Danish...semuanya ok sehinggalah Jumaat lepas. Danish bergaduh dan bertumbuk disekolah. Danish ni agak pendiam dan pemalu tetapi agak keras hati dan panas baran orangnya. Biasalah anak lelaki, permainannya juga agak lasak. Tapi, bila hero ni kalah dia menangis. Bab nangis ni yang tak syok!
Balik sekolah dia minta aku menghantarnya belajar taekwando. Nampak macam Danish nak balas dendam. Waduh...
ganas anak en idris ni....
BalasPadamlor,, dah nak sruh anto taekwando.. ehhe.. ni ikut sape ni? ibu ke ayah die ni.. hehe
BalasPadamhuh dugaan..nape dia x nk suruh anto belajo silat?? umm..sesuatu yang menarik, so pe langkah yang akan di ambil?? nk menuntut ni..nanti dah jadi bapak sonang sikit..
BalasPadam