Januari 18, 2011

Deringan yang mengejutkan

Pagi tadi, tepat jam 4 pagi hp aku berbunyi. Abah yang call...berderau darah, takut- takut perkara buruk berlaku. Maklumlah, mak dan abah tak berapa sihat. Biasalah orang tua...

Bila bertanya, khabarnya adik aku Jamaliah sakit lagi. Jam 3.45 pagi tadi dia telah dimasukkan ke ICU setelah koma, jantungnya juga lemah. Kini dia bergantung sekali lagi kepada mesin hayat. Ya Allah...begitu hebat dugaan untuk dia.

Awal tahun hari tu, aku ada berjumpa dia. Nampak sihat dan lebih kuat setelah hampir sebulan lebih terlantar di hospital.

Mudah- mudahan, Allah berikan kesempatan untuk dia melahirkan anak kembar yang dikandungkannya. Amin...

Januari 17, 2011

Cabaran sekolahkan anak

Minggu ni, masuk minggu ke-3 sesi persekolahan tahun 2011. Pelbagai perkara berlaku sepanjang 2 minggu lepas.

Irfan... antara cabaran terbesar untuk aku setiap hari terutama bab bangun dan mandi pagi. Bangun pagi cukup liat, al maklumlah sejak kecil dia memang bangun lewat. Suruh mandi, dia menangis dan meragam hinggalah nak pakai baju sekolah. Memang susah nak mengubah kebiasaan.

Sehingga ke hari ini, baru 7 hari dari 11 hari Irfan ke sekolah. Dah 2 minggu ni, setiap Khamis dan Jumaat dia demam. Demam bukan sebab malas ke sekolah, tapi demam yang agak panas sehingga 40 darjah.

Kesian Irfan...

Cerita tentang Danish...semuanya ok sehinggalah Jumaat lepas. Danish bergaduh dan bertumbuk disekolah. Danish ni agak pendiam dan pemalu tetapi agak keras hati dan panas baran orangnya. Biasalah anak lelaki, permainannya juga agak lasak. Tapi, bila hero ni kalah dia menangis. Bab nangis ni yang tak syok!

Balik sekolah dia minta aku menghantarnya belajar taekwando. Nampak macam Danish nak balas dendam. Waduh...

Januari 10, 2011

Bila lelaki kehilangan tulang rusuk

WANITA  : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI    : Kamu!!!
WANITA  : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI    : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat. LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai. LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA. Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI   : Apa khabar?
WANITA : Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI   : Belum.
WANITA : Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.



Tolong ingatkan aku

Malam tadi aku gagahkan juga mata menonton Juara lagu ke 25 walaupun mata agak layu setelah kepenatan melayan anak- anak sepanjang hari. Maklumlah cuti hujung minggu...dan sebenarnya setiap tahun aku memang tak pernah ketinggalan menonton juara lagu. Nak menonton rancangan Muzik- Muzik setiap minggu tak berkesempatan, jadi tengok sahajalah kemuncaknya sudah cukup.

Mengikut jangkaan, mungkin Faizal Tahir tetapi jangkaan ternyata meleset sama sekali. Siapa sangka penyanyi Ana Raffali yang menang. Ni, aku kongsikan senikata Juara Lagu ke 25. Memang best ...


Jangan disusun kata-kata penamat
jangan disebut baris ayat keramat
biar lenyap diserap sunyi
biar senyap yang tak menyepi
tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa


Mari patahkan papan markah lama
mari padamkan buku tiga lima
biar luka sembuh sendiri
biar lupa dimakan hari


tolong ingatkan aku
kisah kau tersedar
dengan saku penyeluk masa
kau dampingi aku
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu


bila marah merasuk minda
kecewa menyelubungi jiwa
aku lupa


tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa
ku teringatkanmu
setiap detik jantungku berdetak
setiap nota jiwaku berlagu-lagu


tolong ingatkan aku kisah kita
tolong ingatkan aku
kisah ku tersedar
dengan kasih memeluk rasa


tolong ingatkan aku
kisah kita

Januari 07, 2011

Bila selesema menganggu

Selesema biasanya juga dikenali sebagai flu. Biasanya selesema akan diikuti oleh sakit tekak, demam, sakit kepala, rasa tak sedap badan, hidung berhingus dan boleh juga menyebbkan batuk.

Dalam kes yang lebih teruk, influenza juga boleh menyebabkan pneumonia, yang boleh menyebabkan maut terutamanya terhadap kanak-kanak dan orang tua. Walaupun kadang-kadang ia dikelirukan dengan selsema biasa, influenza adalah lebih terus dan disebabkan oleh virus yang berbeza.(Sumber Wikipedia)


Virus Selesema

Namun, semua jenis penyakit adalah penghapus kepada dosa- dosa lalu yang telah kita lakukan. Mungkin juga berupa balasan kepada hambanya? Wallahualam... Sebagai manusia, ujian ini harus diterima dengan redha dan kita mesti berusaha untuk mengubati penyakit tersebut.

“Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kehawatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya karenanya.” (HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

“Sepertinya anda sedang merasakan rasa sakit yang amat berat, oleh karena itukah anda mendapatkan pahala dua kali lipat.” Beliau menjawab, “Benar, tidaklah seorang muslim yang terkena gangguan melainkan Allah akan menggugurkan kesalahan-kesalahannya sebagaimana gugurnya daun-daun di pepohonan.” (HR. Al-Bukhari no. 5647 dan Muslim no. 2571)

Januari 04, 2011

Dunia baru

3 Januari 2011, bermulanya episod baru dalam hidup Danish dan Irfan. Bangun seawal jam 6.00 pagi, gosok gigi, mandi air suam-suam panas, pakai baju dan terus sarapan. Selewat- lewat jam 6.40 pagi kami harus bergerak ke sekolah sebab 7.20 pagi kami perlu berada di sekolah.

Kami sampai sekolah seperti dijadualkan. Danish memulakan sekolah tahun 1 manakala Irfan sekolah Tadika. Selesai membayar yuran, aku skodeng Danish di kelas. Ishhh...boleh tahan, aktif dan tak menangis. Syukur alhamdulillah...Danish kini belajar menjadi lelaki sejati. Aku mengajarnya lelaki sejati mesti kuat, tahan lasak dan tidak sekali- kali menangis.

Irfan pula agak cerdik dan lebih berani berbanding Danish. Dia memang tak sabar- sabar menjadi besar dan bersekolah. Jadi, sesi persekolahan hari tu lancar tanpa tangisan anak manja. Heehehe...lega.

Alya, kasihan dan sayu melihat air mukanya. Dalam kerelaan membiarkan abang bersekolah, aku faham ada sekelumit kesedihan di hatinya. Makumlah, hampir sebulan lebih berteman dan berkawan dengan abang- abangnya. Kini, tinggal dia seorang sahaja di rumah Mak Long.

Balik ke rumah petang semalam, Alya membisu tanpa berkata apa. Mungkin dia cuba memahami situasi atau merajuk melayan perasaannya ditinggalkan abang-abangnya yang kesekolah.