November 14, 2012

Ceritera Tadika Irfan dan Alya

"Bagaikan anjing dan kucing"

Pepatah melayu ini amat sesuai dikaitkan dengan anakku berdua ni. Mereka pantang dekat sesama sendiri, pastinya ada sahaja yang digaduhkannya. Namun, kalau mereka berjauhan, rindunya bukan kepalang. Merayu- rayu nak berjumpa sesama sendiri. Alahai anakku, Alya dan Irfan ... 

Mereka berdua ni sebenarnya amat rapat, maklumlah setahun satu. Alya berumur 5 tahun manakala Irfan berumur 6 tahun. Mereka bersekolah bersama- sama di Tadika Perpaduan Al Husna, Johor Jaya 6. Duduk sekelas sesama adik beradik ni memang seronok. Itulah kawan dan itulah juga lawan. 

Cikgunya pula bernama Rosnah. Baik orangnya. Setiap hari pastinya Alya memuji cikgu baik. Suapkan Alya makan, ajar Alya membaca, mewarna...berbakul- bakul dipujinya.


Irfan ditengah sekali menyanyikan lagu Tabika Kemas


Alya dapat hadiah kecemerlangan dalam Bahasa Malaysia
Irfan agak glamour di sekolah. Maklumlah, budak ni kan rambut perang, kulit putih ala ala Mat Saleh. Setiap hari ada seorang budak perempuan bernama Hidayah akan memberinya surat cinta. Comel budak tu, putih manis rupanya. Kalau dah besar ni pasti cantik. Alya pula sukakan Nabil. Alya pernah menyuarakan hasrat nak kahwin dengan Nabil. Wakaka! Gelak besar aku bila mengenangkan anak zaman sekarang. Advanced sungguh!

Kini cuti sekolah sudah bermula dan menandakan tamatlah persekolahan Irfan dan Alya di sekolah tersebut. Irfan sudah boleh membaca, Alya bolehlah baca 2 suku kata. Insya Allah, Irfan akan memasuki darjah satu di Sekolah Kebangsaan Tasek Utara manakala Alya akan bersekolah tadika di Tunas Mekar, IPTI. Mereka tidak lagi bersekolah bersama. Bagaimana ragamnya bila mereka dipisahkan. 

Kita tengok je la ragam mereka tahun depan ye...


November 02, 2012

Dia hadir dalam hidupku

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu."

Rezeki ini bermula pada 1 Disember 2006 apabila aku ditawarkan bekerja di UiTM Segamat sebagai seorang Pustakawan Gred S41. Bukan calang- calang orang yang boleh duduk kerusi itu. Dari puluhan orang yang mencuba nasib, sudah rezekiku berada di kerusi itu.

Syukur alhamdulillah, Ya Allah...

31 Oktober 2007 pula, lahirnya seorang puteri dalam hidupku. Alya Saffiyah namanya, comel pula orangnya, manjanya tidak terkata. Itulah satu- satunya anak gadisku...rezekiku semasa bekerja di UiTM.

Kini, Alya sudah mencecah umur 5 tahun. Suka duka, pahit maung kami lalui bersama. Mungkin inilah zuriat terakhir untukku. Wallahualam, hanya Allah yang tahu...

Happy birtyday Alya. 



Ayah, mama, abang Danish, Abang Irfan semuanya sayang adik. Jadilah anak yang solehah, sihat sejahtera selalu, berjaya di dunia dan diakhirat, mudah- mudahan tercapailah cita- citamu ingin menjadi doktor dan menjadi orang yang kaya. Amin...

Anak daraku ini selalu berangan, nak ada kereta besar, rumah besar, anak yang ramai, dan kalau ada duit banyak nak bagi ayah.

Ayah doakan semoga hajat adik tercapai dan dipermudahkan. Amin, Ya Allah...