Sejak kebelakangan ini, Irfan kerap bertanya tentang 'waterfall'. Soalan ini kerap bermain difikirannya lantaran kawan sekelasnya seringkali bercerita tentang kehebatan waterfall. Suatu petang, Irfan beria -ia mengajak kami ke sana. Naluri ingin tahu dan merasakan pengalaman untuk mandi di waterfall sangat membuak- buak.
Perjalanan hampir sejam penuh dengan perasaan ingin tahu. Semakin hampir dengan kawasan dituju, tetiba semua diam dan seakan takut. Apa tidaknya, laluan ke Air Terjun Kota Tinggi akan melalui jalan berliku dan hutan dara yang agak tebal. Tiada rumah, ataupun manusia. Hanya ada hutan dan bunyi unggas. Sunyi...
"Alamak, kita dah sesat." Gertak aku kepada anak- anak...
Caj masuk RM 25.00 dibayar untuk kami sekeluarga. Perancangan asal untuk mencelup kaki di gigi air saja. "Alah, asal dapat puaskan hati Irfan, cukuplah..." bisik hatiku.
Pemandangan air terjun yang turun dari gunung membuat anak- anak terpaku, terpegun dengan keindahan alam semulajadi. Akhirnya, semua tidak sabar- sabar untuk merasai kesejukan air terjun yang aku ceritakan tadi. Oleh kerana ini pengalaman pertama mereka berjumpa air terjun, aku biarkan mereka merasai pengalaman yang berharga ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan