Mac 07, 2012

Buah hati dicium Pajero

Jam 5.00 petang, seperti biasa destinasi pertama adalah IPG Kampus Temenggong Ibrahim mengambil MEM di office kemudian ke Johor Jaya mengambil si manja Alya dan Irfan di rumah Mak Long. Begitulah rutin harian aku selesai kerja di pejabat.

Laluan yang sama aku lalui setiap hari iaitu Lebuh Raya Pasir Gudang, sesak tidak mengira masa. Perjalanan sekejap lancar sekajap berhenti membuatkan ramai pemandunya letih, tidak terkecuali aku sendiri. Tetiba, muncul Pajero dihadapan dan dengan selamba memintas seperti tak nampak buah hati aku ni dijalan raya. Buta ke apa?



"Dooom." Perlahan saja bunyinya tetapi aku yakin mesti kemek buah hati aku ni. Betul kata orang, malang tidak berbau. Sah sudah depan keta aku ni kemek. Sakitnya hati tuhan saja yang tahu...tetapi aku tetap cool, control macho depan bini. hehehe...

Namun begitu...Syukur aklhamdulillah, semua selamat. 

Happy birthday Sayang

Nothing to say, just wish...

            " Happy birthday sayang..."





1st time

Sejak kebelakangan ini, Irfan kerap bertanya tentang 'waterfall'. Soalan ini kerap bermain difikirannya lantaran kawan sekelasnya seringkali bercerita tentang kehebatan waterfall. Suatu petang, Irfan beria -ia mengajak kami ke sana. Naluri ingin tahu dan merasakan pengalaman untuk mandi di waterfall sangat membuak- buak.

Perjalanan hampir sejam penuh dengan perasaan ingin tahu. Semakin hampir dengan kawasan dituju, tetiba semua diam dan seakan takut. Apa tidaknya, laluan ke Air Terjun Kota Tinggi akan melalui jalan berliku dan hutan dara yang agak tebal. Tiada rumah, ataupun manusia. Hanya ada hutan dan bunyi unggas. Sunyi...

"Alamak, kita dah sesat." Gertak aku kepada anak- anak...

Caj masuk RM 25.00 dibayar untuk kami sekeluarga. Perancangan asal untuk mencelup kaki di gigi air saja. "Alah, asal dapat puaskan hati Irfan, cukuplah..." bisik hatiku.







Pemandangan air terjun yang turun dari gunung membuat anak- anak terpaku, terpegun dengan keindahan alam semulajadi. Akhirnya, semua tidak sabar- sabar untuk merasai kesejukan air terjun yang aku ceritakan tadi. Oleh kerana ini pengalaman pertama mereka berjumpa air terjun, aku biarkan mereka merasai pengalaman yang berharga ini.