Sejak beberapa hari ini, cuaca agak panas. Beberapa hari ini tak de hujan yang turun menjadikan kawasan perumahan JP Perdana yang dikelilingi tanah gersang kian mengeluarkan debu. Kereta Alza yang aku parking di rumah baru sahaja aku gilap ahad lepas, diseliputi debu.
"Malam ini kita tidur sahaja di ruang tamu." Aku memujuk anak- anak. Adakalanya Danish berseloroh, tetapi menyindir "tulah Irfan, asyik paw ayah je, kan dah tak dapat beli aircond." Selalunya aku akan memujuk, " kita kena banyak bersyukur, rumah kita ada kipas." Sebenarnya, anak- anak selalu minta belikan air cond, tetapi tidak aku tunaikan.
Bukan apa, aku bimbang nanti jika anak- anak balik ke kampung, mereka juga akan meminta air cond sedangkan rumah atok hanya ada kipas sahaja. Biar mereka terbiasa hidup sederhana, bukan pura- pura.
Pagi tadi, ketika aku bersarapan bersama ayang tetiba guruh berbunyi. " Syukur alhamdulillah." bisik ayang antara dengar dengan tidak. Nampak gayanya hujan akan turun pagi ini di Johor Bahru membasahi bumi yang penuh rahmat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan