April 05, 2015

Mersing Beach Resort

Cuti sekolah awal tahun, kami bercuti di Mersing Beach Resort,Air Papan, Mersing. Resort ini milik 100% bumiputera, orang Melayu kita. Kalau dari Bandar Mersing, hanya 11km jika mengikuti jalan pesisir pantai. Kali ni kami menempah bilik Deluxe dengan harga RM 180.00 semalam tanpa breakfast. Hanya ada nasi lemak 2 bungkus disangkutkan dipintu bilik pada waktu pagi untuk bersarapan. Tapi jangan risau sebab di tepi pantai ada banyak warung yang menjual sarapan pagi.

Keadaan bilik aku beri 3 bintang sahaja kerana keadaan bilik yang kurang sempurna. Pintu antara bilik sepatutnya dipasang pintu yang sesuai supaya bilik tersebut kedap bunyi. Ini tidak, bila orang sebelah kentut pun boleh dengar inikan pulak nak ehem-ehem. Hahaha!

Tetapi resort ini agak cantik dan santai. Kalau nak bercuti bersama keluarga ini adalah lokasi yang sesuai kerana sekitarnya sunyi dan tenang menghijau.






Kawasan belakang tu sedang dalam pembinaan






Jangan lupa singgah di Masjid Kg Tenglu tunaikan kewajipan pada yang Esa


Januari 05, 2015

Jalan-jalan @ Penang

Penang Trip 

Penginapan kali ini kami memilih Hotel UiTM Penang Bilik Standard. Rate staf RM80.00 aje semalam siap breakfast untuk 2 orang. Murah giler! Bilik luas, bersih, kemudahan pun lengkap siap dengan tab mandi. Puas hati sangat.



Toy Museum

Lokasi pertama kami kunjungi adalah Toy Museum. Harga tiket RM 15 Dewasa / RM 10 Kanak-kanak. Alamatnya di 1370, MK2 Telok Bahang, Penang. Pada aku tak de la best sangat. Tapi pada anak-anak, mereka sangat teruja melihat banyak anime yang mereka gemar depan mata.








Bukit Bendera

Kalau p Penang, tak singgah dan naik Bukit Bendera memang rugi. Tiket tak de la mahal sangat.
Kami anak beranak hanya RM 19.00 sahaja. Murah dan berbaloi rasanya untuk family trip.








Di puncak Bukit Bendera



Kapitan Keling

Kalau masuk pulau, singgah la Kapitan untuk bersolat. Masjid tertua di Penang. Pastu boleh makan Nasi Kandar yang banyak dijual disekitar Kapitan Keling. Kari dia memang power dan sedap. 2 pinggan nasi aku makan...



November 12, 2014

Happy Birthday Alya


Anak ayah semakin besar. 

31 Oktober 2014, genaplah umur Alya yang ke-7 tahun. Ini bermakna aku juga semakin berusia melewati usia lewat 30-an. Sebulan awal, anak manja aku seorang ini dah start request hadiah. Dia nak jam warna pink yang ada gambar Elsa seperti cerita Frozen. Hahaha, kuat betui pengaruh kartun.

Hari tu kami sambut sederhana sahaja anak beranak. Mama dia belikan kek coklat dari SDS kedai kek. Gembira nampaknya Alya menyambut hari lahirnya.

Sebagai ayah, aku hanya berpesan agar tidak terlalu bergembira menyambut halir lahir. Cukuplah sekadarnya kerana apabila umur kita semakin bertambah maka kita juga semakin menghampiri detik kematian. 

Alya...ingatlah pesan ayah ni. Jadilah anak yang baik, taat kepada ibu bapa serta perintah Allah, jaga auratmu, ibadahmu, lisanmu serta imanmu. Kelak doakan dan sedekahkan Al-Fatihah setelah ayah tiada kelak.

Time is running out, turn to Allah before the end!







Oktober 29, 2014

Happy birthday Tok Abah

23 Oktober 2014, ulangtahun kelahiran Abah ke 67 tahun. Inilah Atok kesayangan cucu-cucunya. Kalau cucu-cucu balik, pasti dia bawak naik motor berjalan-jalan dan ngeteh di Warung Pak Mat Joden. Port biasa Tok Abah sembang dengan kawan-kawannya...

Sebenarnya, kami orang kampung yang tidak biasa menyambut hari lahir seperti mana orang lain. Bukan tak ingat, ingat tetapi untuk meraikan dan mengungkapkan Happy birthday secara berdepan-depan agak janggal bila ianya sesuatu yang diluar kebiasaan. Apa yang aku selalu ingat, emak dan abah selalu mengingatkan aku 10 Ramadhan kerna tarikh itulah aku dilahirkan.

Inilah abah yang aku sayang. Orang Melaka tetapi berketurunan Melayu Acheh. Tok aku sebelah abah dulu datang dari Aceh. Merantau jauh ke tanah Melayu untuk membuka tanah di Kg. Sungai Rambai, Melaka. 



Malam tu kami adik beradik pakat balik ke rumah untuk meraikan ulangtahun kelahiran abah. Kek tu Akak Ngah yang sponsor. Kami datang dan makan aje, hehehe...

"Abah layankan aje" kata abah berseloroh.

Bang Uda doakan semoga abah sihat sejahtera, bahagia, panjang umur serta berjaya di dunia dan diakhirat. Jangan lupa jaga kesihatan dan makan ubat kencing manis tu ye abah.



Oktober 16, 2014

Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson

Suatu hari tergerak hati untuk melihat web rumah rehat persekutuan. Intai punya intai, tertarik pulak dengan Rumah Rehat Persekutuan Port Dickson. Dari apa yang dipaparkan dalam web ini, kemudahannya boleh tahan hebat dan setanding hotel. Laut dok depan hotel je...

Aku pun terus menelefon ke Seksyen Pengurusan Rumah Persekutuan, JPM di Putrajaya ditalian 03-88800155 untuk mencuba nasib. Rezeki anak-anak, alhamdulillah ada kosong dan akupun booking untuk 3 hari 2 malam Apartment 1 bilik dengan kos RM 177.10. Without breakfast tau...

Murah betul berbanding hotel sekitar memang jauh bezanya. Ada banyak pilihan lain selain apartment 1 bilik. Ni aku share untuk rujukan semua. Tapi, nak menginap disini syaratnya mestilah kakitangan kerjaaan sahaja.

Jenis UnitKelayakanJumlah UnitKadar (Semalam)
Banglo VIPJusa C Ke Atas2RM 172.50
Apartmen VIP 3 BilikGred 48 Ke Atas6RM 172.50
Apartmen 3 BilikSemua22RM 115.00
Apartmen 2 Bilik (Blok Lama)Semua8RM 46.00
Apartmen 1 BilikSemua8RM 88.55
Apartmen StudioSemua8RM 63.25

Ini adalah ruang tamu Apartment 1 bilik yang kami menginap. Ada sofa, siaran Astro, ada kitchen tetapi tak boleh masak. Ruang tamu tu tiada air cond, hanya ada kipas sahaja. Bab langsir, tak boleh kata apa dan aku bagi "Failed".




Kolam renang memang terbaik. Anak-anak geram je tengok kolam besar dan selesa begini. Pagi nak mandi, petang pun nak mandi lagi. Gelongsor tu disediakan untuk anak-anak sahaja, orang dewasa sila perhatikan anak-anak takut jatuh. Playground pun ada bersebelahan kolam ni.



Bilik tidur memang selesa dan luas dilengkapi dengan air-cond. Bilik air standard tetapi tiada water heater. Okaylah sekali sekala mandi air sejuk pulak...Kalau datang ramai, bolehlah bawa toto Narita untuk tidur. Hehehe!


September 30, 2014

Chicken Pox

Apa tu Chicken Pox?
Menurut Wikipedia, "Chickenpox is a highly contagious disease caused by primary infection with varicella zoster virus (VZV).[1] It usually starts with a vesicular skin rash mainly on the body and head rather than on the limbs. The rash develops into itchy, raw pockmarks, which mostly heal without scarring. On examination, the observer typically finds skin lesions at various stages of healing and also ulcers in the oral cavity and tonsil areas. The disease is most commonly observed in children.
Chickenpox is an airborne disease which spreads easily through coughing or sneezing by ill individuals or through direct contact with secretions from the rash. A person with chickenpox is infectious one to two days before the rash appears.[2] They remain contagious until all lesions have crusted over (this takes approximately six days)." 





Pengalaman Pertama menghidapi Chicken Pox

Suatu petang, tumbuh satu blister comel di belakang badan Alya. Blister ni rupanya macam gelembong air dan gatal. Pelik, tapi masih tiada syak terkena Chicken Pox sebab Alya tak demam. Malam tu aku sapukan krim gatal dan kami keluar makan di Senibong seperti tiada apa yang berlaku. 

Malam pertama mendapat sebiji blister Chicken Pox
Keesokan paginya Alya mula mengadu tak sedap badan seperti nak demam. Waktu tu dah kelihatan beberapa blister lagi tumbuh di lengan dan badan Alya. Demam biasa dengan suhu 38.6 celcius. Langkah pertama, aku terus memberinya pcm untuk mengawal suhu badannya. 

Pagi tu aku membawanya ke Klinik Maimunah berjumpa Dr. Wan. Sah! Anak aku terkena juga demam ni. MC seminggu diberi bersama ubat demam, antibiotik, ubat gatal dan krim sapu Calamin. 

Alya demam berterusan. 4 jam sekali aku terpaksa memberinya ubat pcm sebab pada peringkat blister nak keluar ni, demamnya agak kuat sehingga 39 celcius. Setiap sejam aku akan memeriksa suhunya. Petua orang tua-tua, berikan air kelapa hijau. Akupun apa lagi, 3 biji kelapa mawar aku beli untuk Alya minum. 

Sebijik air kelapa habis diminum. "Sedap..." kata Alya. Petang tu, demam Alya semakin menjadi. Panas sehingga 39.1 dan blister semakin banyak keluar. Penuh satu badan. Orang tua-tua kata lagi banyak keluar blister lagi bagus sebab semua dah keluar nanti tak kena lagi. 

Satu badan naik Blister

Aku pun search Google mencari pengalaman orang lain menangani Chicken Pox. Ada yang kata minum air kelapa, ada juga yang kata jangan minum. Dari pengaamatan aku, air kelapa ni semakin menggalakkan pengeluaran Blister durjana dan meneutralkan ubat yang diberi. Tu sebab Tok aku kata, kalau terminum racun segera minum air kelapa. Air kelapa akan meneutralkan racun. Pilihan ditangan masing-masing. Kalau berani menangung risiko dan sangup menjaga anak, teruskan. Aku dah tahu dan my choice, is NO!

Hari ke tiga, Blister semakin galak memenuhi badan Alya dan demam berterusan. Gatal sangat katanya sampai menangis Alya menahannya. "Salah satu janjinya kepada aku, Alya menyesal, Alya nak jadi orang baik-baik." Kelakar pun ada. Petang tu, aku bawa Alya ke Klinik Penawar. Doktor ni menasihati aku mengambil ubat antiviral untuk melawan virus ini. Alhamdulillah, sehari selepas tu dia mula aktif. Ada selera makan dan tak demam lagi. 

Zaman moden ni, jika anak terkena Chicken Pox, jumpalah doktor yang betul. Sepatutnya, ubat antiviral diberi pada hari pertama anak terkena chicken pox untuk melawan virus yang menjangkiti badannya. Perangi Blister dengan krim antiviral "Acyclovir" dari luaran.

Wallahualam...inilah pengalaman pertama aku menangani anak terkena Chicken Pox.



Hari ke-4, demam dah baik...


Seminggu. chicken pox dah mula kering...



Ogos 25, 2014

Honda City 2014

Melihat model baru kereta memang menjadi kegilaan aku. Toyota mengeluarkan Vios baru yang lebih sporty dan trendy, Honda pula mengeluarkan City baru yang menawan hati. Bila timbul angan-angan ni, maka panjanglah langkah kami untuk menuju ke show room mereka.

Pada mulanya, kami menziarahi Toyota untuk mencuba kereta baru Vios. Apalagi, test drive kereta baru la. Kereta okay, tetapi pick up tak berapa nak power macam dulu. Isteri aku pula mengadu bila duduk dibelakang agak sempit sikit. Ermmm, rating jatuh sikit la bila "mem" besar dah komen gitu. Tapi salesman ni okay, dia bagi diskaun RM 2700.00. 

Kira-kira pun bermula...



Minggu hadapan, kami test drive Honda City model baru pula. Tag line " The power of dream" memang benar. Lain macam rasa bila pegang stereng kereta Honda ni. Ada aura yang mengatakan kereta ini memang selesa, power dan bergaya. Terus booking...hehehe! Kereta lama Alza kami trade in. 

Bye bye Cik Zaza and Welcome Cik Siti.