Mac 31, 2014

Taman Mutiara Desaru

Alhamdulillah, setelah menanti selama 2 tahun akhirnya rumah ke dua kami sekeluarga di Taman Mutiara Desaru, Bandar Penawar telahpun siap. Lokasinya agak terpencil nun jauh di kawasan peranginan Desaru. Hasrat di hati pada mulanya nak dijadikan homestay. Tapi bila kira-kira bajet tak berapa nak ada. Jadi kami sebulat suara setuju untuk menyewakan sahaja rumah ini.

Tuan Rumah
Maka bermulalah episod memuat naik iklan di Mudah.my. Pada mulanya, aku hanya mencuba sahaja untuk mengiklan di sini. Siapa sangka, hasil iklan di Mudah.my, rumah aku ni seperti pisang goreng panas. Bertalu- talu orang telefon kata nak sewa. Kesemuanya merupakan pekerja Rapid Petronas di Pengerang. Akhirnya, aku bersetuju untuk menyewakan dengan staf JUPEM dengan sewa RM 700.00 sahaja sebulan.


Buat permulaan ini, kami modalkan kemudahan asas sahaja untuk kelengkapan rumah ini. Tiada renovation yang dibuat. Kami hanya sediakan lampu, kipas, air, elektrik dan grill untuk keseluruhan rumah. Kos keseluruhan yang kami modalkan hampir RM 7,000.00. Korek ASB, korek tabung segala bagai nak dahulukan RM7K. Alhamdulillah, Allah cukupkan wang kami untuk modalkan rumah ini.

Insya Allah, bulan 12/2015 wang terkumpul hasil sewa rumah adalah sebanyak RM 14,700 (RM 700 x 21 bulan). Itu target kami. Insya Allah, dipermudahkan...

Belakang Rumah

Ruang Tamu

Dapur


Hadapan rumah

Bilik Tidur Ke Tiga

Tandas ke 2

Bilik Tidur Kedua



Februari 25, 2014

Intekma Resort Shah Alam

Anak-anak bila sebut sahaja ayah ada meting kat Shah Alam, mereka pastinya sangat teruja. "Nak ikut...nak ikut..." Renget anak-anak. Hahaha! Takut kena tinggal rumah mak long dia.

Intekma : Apartment 2 bilik. Retro klasik

Lokasi biasa untuk kami tinggal sementara adalah di Intekma Resort Shah Alam. Apartment 2 bilik biasanya menjadi pilihan. Ruang tamunya luas, dapur besar, bilik mandi dan bilik tidur ada dua. Memang selesa sangatlah untuk kami sekeluarga. Breakfast untuk 4 orang. Harganya pun berpatutan, hanya RM 180.00 sahaja semalam tetapi dengan syarat mestilah kakitangan awam kerajaan. Kalau tak rate biasa adalah RM 220.00 semalam.

Jangan lupa mandi kolam...hehehe!






Disember 31, 2013

Alya ke Darjah 1

Inilah sekolah baru Alya...


Inilah dunia baru Alya...
anak manja ayah ni akan melangkah ke darjah 1 bagi sesi persekolahan tahun 2014. Dah besor anak ayah yang manja ni. Terima kasih sayang kerana tiada drama tangisan air mata. Anak ayah ni memang berani dan kuat semangatnya.

31 Disember 2013, hari pertama bersekolah dan hari ini juga Alya telahpun melalui peperiksaan saringan Darjah 1. Alhamdulillah lulus dengan cemerlang dan Alya ditempatkan dalam kelas 1 Amal. (Kelas Pertama tu, hehehe...)

Selamat melangkah ke alam persekolahan sayangku Alya. Tiada harta mengunung yang dapat ayah berikan kepada Alya. Ingatlah pesan ayah, berusahalah dengan gigih, buang sifat malas, usah sekali berputus asa. Moga menjadi anak yang baik dan solehah. Insya Allah...ayah sentiasa doakan Alya.






Disember 16, 2013

Happy 11th anniversary

Happy anniversary!

Kek Cheese ni mama yang tempah...

Diam-diam, 12 Disember bertandang lagi. Ini bermakna, aku sudah 11 tahun menjadi suami kepada Juriah Binti Haji Athman. Inilah jodoh aku yang telah ditetapkan oleh Allah swt dan aku amat bersyukur dipertemukan dengannya. Dialah kawan, dialah teman, dan dialah sahabat aku dikala susah dan senang. Terima kasih kerana sudi menjadi suri hidupku, dan ibu yang baik kepada anak-anak ku.


Ya Allah, bahagiakanlah rumah tangga kami dengan bunga-bunga kebahagian dan kedamaian...


Sempena hari yang special ini, kami raikan bersama anak-anak makan-makan di Senibong. Makan seafood kat sini memang sedap! Udang goreng butter, sotoong goreng tepung, tomyam campur dan ikan pari bakar dijamu isteimewa untuk anak-anak yang sedang membesar. Kegembiraan yang paling besar bagi seorang ayah adalah apabila melihat anak-anak mereka seronok.





Disember 11, 2013

UiTM Kampus Pasir Gudang, coming soon!

Kampus Baru
Hampir siap. Coming soon 18 Januari 2014.








Dewan Kuliah
Ada 3 buah dewan kuliah. Dua buah muatan dalam 100 orang manakala sebuah lagi muatan dalam 200 orang. Warna kerusi sangat ceria dan selesa. Panggung wayang pun kalah. Kalau lena juga tak tahulah...






Library
Ini port baru gua tahun depan. It's library, memang awesome!











Kafeteria
Deretan kedai ini seperti di RNR. Ada sepuluh kedai makan kat sini. Bersih dan selesa. Di hadapan kedai ada taman lanskap yang cantik. Pusat kegiatan pelajar yang menempatkan bank, kedai dan pejabat pos juga berada di depan kafeteria ni. 






Masjid 
Masjid ini lokasinya di tengah-tengah UiTM Pasir Gudang. Kedudukannya memang strategik berhampiran dengan kolej, fakulti dan kafeteria. Kalau tak ke masjid memang tak patutlah...


Pandangan dari Kafeteria

Ruang Solat

Ruang tepi masjid


Kolej Penginapan Pelajar
Konsepnya seperti apartmen. Ada tujuh blok kesemuanya dimana setiap rumah ada tiga bilik. Setiap bilik hanya menempatkan 2 orang sahaja. Kemudahan asas yang disediakan adalah seperti katil, meja study dan kerusi, almari pakaian, bilik air, sinki, meja makan, dan tempat membasuh baju. Konsep perabot pula moden. Paling tak boleh tahan, kemasan lantai sepenuhnya adalah berjubin penuh. Kesimpulannya, memang selesa la...



Tanjung Sepang Beach Resort, Pengerang Johor

Cuti sekolah telah bermula.

Anak-anak asyik bertanya, "Ayah kita nak ke mana cuti sekolah ni?" Kepala ligat berpusing memikirkan lokasi sesuai untuk kami sekeluarga. Disebabkan bajet agak terhad, kami pilih lokasi berdekatan sahaja. Jimat ongkos minyak dan tol. Paling penting resort tersebut mesti ada kolam untuk anak-anak mandi.

Pilih punya pilih akhirnya akak aku merekemenkan Tanjung Sepang Beach Resort. Sekali dengar bunyinya macam kat Sepang. Agak jauh juga kalau dari JB nak ke Sepang. Bisik hatiku...akupun apa lagi, pergilah tanya Tok Google. Tok...tok...Tanjung Sepang Beach Resort ni kat mana? Cuba ko lihat di www.tanjungsepang.com bilang Tok Google. Ohhh, dekat saja rupanya. Lokasinya di Teluk Ramunia, Pengerang, Johor bukannya di Sepang, Selangor.


Untuk sampai ke sini, dari Bulatan Desaru di Bandar Penawar ambik pukul 3 menuju ke Pengerang. Jalan terus sehingga jumpa Sea View Resort yang dah lama usang tu. Sampai satu simpang, belok ke kanan dan jalan terus. Nanti jumpalah resort ni.

Keseluruhannya, resort ini sebenarnya agak menarik dan sesuai untuk yang berkeluarga macam kami. Pantainya bersih, lanskap cantik dan terjaga, kolamnya besar dan diasingkan antara kanak-kanak dan dewasa untuk lebih keselamatan. Ada 2 jenis chalet disediakan. Chalet kecik harganya RM 150 manakala chalet yang besar harganya RM 220.00.


Chalet yang besar

Cafe

Chalet Besar, ada 2 katil saiz queen

Chalet Kecil, Katil Kelamin dan Katil 2 tingkat

Pantainya bersih tika air pasang, kalau air surut ia berwarna coklat

Kolam

Makan nasi lemak lepas mandi