Oktober 29, 2014

Happy birthday Tok Abah

23 Oktober 2014, ulangtahun kelahiran Abah ke 67 tahun. Inilah Atok kesayangan cucu-cucunya. Kalau cucu-cucu balik, pasti dia bawak naik motor berjalan-jalan dan ngeteh di Warung Pak Mat Joden. Port biasa Tok Abah sembang dengan kawan-kawannya...

Sebenarnya, kami orang kampung yang tidak biasa menyambut hari lahir seperti mana orang lain. Bukan tak ingat, ingat tetapi untuk meraikan dan mengungkapkan Happy birthday secara berdepan-depan agak janggal bila ianya sesuatu yang diluar kebiasaan. Apa yang aku selalu ingat, emak dan abah selalu mengingatkan aku 10 Ramadhan kerna tarikh itulah aku dilahirkan.

Inilah abah yang aku sayang. Orang Melaka tetapi berketurunan Melayu Acheh. Tok aku sebelah abah dulu datang dari Aceh. Merantau jauh ke tanah Melayu untuk membuka tanah di Kg. Sungai Rambai, Melaka. 



Malam tu kami adik beradik pakat balik ke rumah untuk meraikan ulangtahun kelahiran abah. Kek tu Akak Ngah yang sponsor. Kami datang dan makan aje, hehehe...

"Abah layankan aje" kata abah berseloroh.

Bang Uda doakan semoga abah sihat sejahtera, bahagia, panjang umur serta berjaya di dunia dan diakhirat. Jangan lupa jaga kesihatan dan makan ubat kencing manis tu ye abah.



Oktober 16, 2014

Rumah Peranginan Persekutuan Port Dickson

Suatu hari tergerak hati untuk melihat web rumah rehat persekutuan. Intai punya intai, tertarik pulak dengan Rumah Rehat Persekutuan Port Dickson. Dari apa yang dipaparkan dalam web ini, kemudahannya boleh tahan hebat dan setanding hotel. Laut dok depan hotel je...

Aku pun terus menelefon ke Seksyen Pengurusan Rumah Persekutuan, JPM di Putrajaya ditalian 03-88800155 untuk mencuba nasib. Rezeki anak-anak, alhamdulillah ada kosong dan akupun booking untuk 3 hari 2 malam Apartment 1 bilik dengan kos RM 177.10. Without breakfast tau...

Murah betul berbanding hotel sekitar memang jauh bezanya. Ada banyak pilihan lain selain apartment 1 bilik. Ni aku share untuk rujukan semua. Tapi, nak menginap disini syaratnya mestilah kakitangan kerjaaan sahaja.

Jenis UnitKelayakanJumlah UnitKadar (Semalam)
Banglo VIPJusa C Ke Atas2RM 172.50
Apartmen VIP 3 BilikGred 48 Ke Atas6RM 172.50
Apartmen 3 BilikSemua22RM 115.00
Apartmen 2 Bilik (Blok Lama)Semua8RM 46.00
Apartmen 1 BilikSemua8RM 88.55
Apartmen StudioSemua8RM 63.25

Ini adalah ruang tamu Apartment 1 bilik yang kami menginap. Ada sofa, siaran Astro, ada kitchen tetapi tak boleh masak. Ruang tamu tu tiada air cond, hanya ada kipas sahaja. Bab langsir, tak boleh kata apa dan aku bagi "Failed".




Kolam renang memang terbaik. Anak-anak geram je tengok kolam besar dan selesa begini. Pagi nak mandi, petang pun nak mandi lagi. Gelongsor tu disediakan untuk anak-anak sahaja, orang dewasa sila perhatikan anak-anak takut jatuh. Playground pun ada bersebelahan kolam ni.



Bilik tidur memang selesa dan luas dilengkapi dengan air-cond. Bilik air standard tetapi tiada water heater. Okaylah sekali sekala mandi air sejuk pulak...Kalau datang ramai, bolehlah bawa toto Narita untuk tidur. Hehehe!