Disember 31, 2013

Alya ke Darjah 1

Inilah sekolah baru Alya...


Inilah dunia baru Alya...
anak manja ayah ni akan melangkah ke darjah 1 bagi sesi persekolahan tahun 2014. Dah besor anak ayah yang manja ni. Terima kasih sayang kerana tiada drama tangisan air mata. Anak ayah ni memang berani dan kuat semangatnya.

31 Disember 2013, hari pertama bersekolah dan hari ini juga Alya telahpun melalui peperiksaan saringan Darjah 1. Alhamdulillah lulus dengan cemerlang dan Alya ditempatkan dalam kelas 1 Amal. (Kelas Pertama tu, hehehe...)

Selamat melangkah ke alam persekolahan sayangku Alya. Tiada harta mengunung yang dapat ayah berikan kepada Alya. Ingatlah pesan ayah, berusahalah dengan gigih, buang sifat malas, usah sekali berputus asa. Moga menjadi anak yang baik dan solehah. Insya Allah...ayah sentiasa doakan Alya.






Disember 16, 2013

Happy 11th anniversary

Happy anniversary!

Kek Cheese ni mama yang tempah...

Diam-diam, 12 Disember bertandang lagi. Ini bermakna, aku sudah 11 tahun menjadi suami kepada Juriah Binti Haji Athman. Inilah jodoh aku yang telah ditetapkan oleh Allah swt dan aku amat bersyukur dipertemukan dengannya. Dialah kawan, dialah teman, dan dialah sahabat aku dikala susah dan senang. Terima kasih kerana sudi menjadi suri hidupku, dan ibu yang baik kepada anak-anak ku.


Ya Allah, bahagiakanlah rumah tangga kami dengan bunga-bunga kebahagian dan kedamaian...


Sempena hari yang special ini, kami raikan bersama anak-anak makan-makan di Senibong. Makan seafood kat sini memang sedap! Udang goreng butter, sotoong goreng tepung, tomyam campur dan ikan pari bakar dijamu isteimewa untuk anak-anak yang sedang membesar. Kegembiraan yang paling besar bagi seorang ayah adalah apabila melihat anak-anak mereka seronok.





Disember 11, 2013

UiTM Kampus Pasir Gudang, coming soon!

Kampus Baru
Hampir siap. Coming soon 18 Januari 2014.








Dewan Kuliah
Ada 3 buah dewan kuliah. Dua buah muatan dalam 100 orang manakala sebuah lagi muatan dalam 200 orang. Warna kerusi sangat ceria dan selesa. Panggung wayang pun kalah. Kalau lena juga tak tahulah...






Library
Ini port baru gua tahun depan. It's library, memang awesome!











Kafeteria
Deretan kedai ini seperti di RNR. Ada sepuluh kedai makan kat sini. Bersih dan selesa. Di hadapan kedai ada taman lanskap yang cantik. Pusat kegiatan pelajar yang menempatkan bank, kedai dan pejabat pos juga berada di depan kafeteria ni. 






Masjid 
Masjid ini lokasinya di tengah-tengah UiTM Pasir Gudang. Kedudukannya memang strategik berhampiran dengan kolej, fakulti dan kafeteria. Kalau tak ke masjid memang tak patutlah...


Pandangan dari Kafeteria

Ruang Solat

Ruang tepi masjid


Kolej Penginapan Pelajar
Konsepnya seperti apartmen. Ada tujuh blok kesemuanya dimana setiap rumah ada tiga bilik. Setiap bilik hanya menempatkan 2 orang sahaja. Kemudahan asas yang disediakan adalah seperti katil, meja study dan kerusi, almari pakaian, bilik air, sinki, meja makan, dan tempat membasuh baju. Konsep perabot pula moden. Paling tak boleh tahan, kemasan lantai sepenuhnya adalah berjubin penuh. Kesimpulannya, memang selesa la...



Tanjung Sepang Beach Resort, Pengerang Johor

Cuti sekolah telah bermula.

Anak-anak asyik bertanya, "Ayah kita nak ke mana cuti sekolah ni?" Kepala ligat berpusing memikirkan lokasi sesuai untuk kami sekeluarga. Disebabkan bajet agak terhad, kami pilih lokasi berdekatan sahaja. Jimat ongkos minyak dan tol. Paling penting resort tersebut mesti ada kolam untuk anak-anak mandi.

Pilih punya pilih akhirnya akak aku merekemenkan Tanjung Sepang Beach Resort. Sekali dengar bunyinya macam kat Sepang. Agak jauh juga kalau dari JB nak ke Sepang. Bisik hatiku...akupun apa lagi, pergilah tanya Tok Google. Tok...tok...Tanjung Sepang Beach Resort ni kat mana? Cuba ko lihat di www.tanjungsepang.com bilang Tok Google. Ohhh, dekat saja rupanya. Lokasinya di Teluk Ramunia, Pengerang, Johor bukannya di Sepang, Selangor.


Untuk sampai ke sini, dari Bulatan Desaru di Bandar Penawar ambik pukul 3 menuju ke Pengerang. Jalan terus sehingga jumpa Sea View Resort yang dah lama usang tu. Sampai satu simpang, belok ke kanan dan jalan terus. Nanti jumpalah resort ni.

Keseluruhannya, resort ini sebenarnya agak menarik dan sesuai untuk yang berkeluarga macam kami. Pantainya bersih, lanskap cantik dan terjaga, kolamnya besar dan diasingkan antara kanak-kanak dan dewasa untuk lebih keselamatan. Ada 2 jenis chalet disediakan. Chalet kecik harganya RM 150 manakala chalet yang besar harganya RM 220.00.


Chalet yang besar

Cafe

Chalet Besar, ada 2 katil saiz queen

Chalet Kecil, Katil Kelamin dan Katil 2 tingkat

Pantainya bersih tika air pasang, kalau air surut ia berwarna coklat

Kolam

Makan nasi lemak lepas mandi