31 Mei 2012, dengan rasminya Samsung telah melancarkan model baru S III dipasaran Malaysia. Entah bagaimana gamaknya, aku terus mencari telefon ini. Harga pasaran RM 2199, agak mahal jugalah.
Selidik punya selidik, majlis pelancaran dibuat di Sutera Mall, Johor Bahru. Punyalah ramai orang, tetapi kebanyakannya Chinese muda belia yang gilakan gajet. Paling canggih setakat ini dari Samsung dengan OS 4.0.4. dan 4.8” Super Amoled HD display.
Sebelum berbaris panjang, aku antara yang bernasib baik sebab dibenarkan memusingkan roda ala-ala roda impian.
"Pusing sekali sahaja..." warning salesgirl Samsung.
Tetiba, roda berhenti dan tanpa disangka..."Tahniah, Diskaun pembelian SAMSUNG S III sebanyak RM 1,000.00". Ini bermakna, aku hanya perlu membayar RM 1199 sahaja untuk gajet terbaru secanggih ini.
hehehe...rezeki, selamat duit aku! Sayonara NOKIA...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan