Jun 08, 2012

Welcome Samsung S III, sayonara NOKIA



31 Mei 2012, dengan rasminya Samsung telah melancarkan model baru S III dipasaran Malaysia. Entah bagaimana gamaknya, aku terus mencari telefon ini. Harga pasaran RM 2199, agak mahal jugalah. 

Selidik punya selidik, majlis pelancaran dibuat di Sutera Mall, Johor Bahru. Punyalah ramai orang, tetapi kebanyakannya Chinese muda belia yang gilakan gajet. Paling canggih setakat ini dari Samsung dengan OS 4.0.4. dan 4.8” Super Amoled HD display.

Sebelum berbaris panjang, aku antara yang bernasib baik sebab dibenarkan memusingkan roda ala-ala roda impian. 

"Pusing sekali sahaja..." warning salesgirl Samsung. 

Tetiba, roda berhenti dan tanpa disangka..."Tahniah, Diskaun pembelian SAMSUNG S III sebanyak RM 1,000.00". Ini bermakna, aku hanya perlu membayar RM 1199 sahaja untuk gajet terbaru secanggih ini.

hehehe...rezeki, selamat duit aku! Sayonara NOKIA...

Pantai Tanjung Buloh

Antara lokasi mandi-manda terhebat boleh singgah kalau ke Tanjung Sedili adalah di Pantai Tanjung Buloh. Perjalanan kira-kira 15 minit sahaja kalau dari pekan koboi Tanjung Sedili. Pantai bersih dengan pasir memutih dan landai sesuai untuk anak-anak mandi manda. 

Sayangnya, kat sini tiada resort yang dibangunkan. Hanya ada beberapa gazebo untuk kemudahan awam beristirehat dan berteduh.





My boy...Irfan Haziq

Merajuk, tak mahu balik...asyik bermain air si manja Alya



Felda Residence Tanjung Leman

Cuti sekolah kembali lagi dan pastinya janji manis yang ditabur berbulan dahulu mulai dituntut oleh anak- anak. Destini pilihan kali ini adalah Felda Residence Tanjung Leman. Resort ini agak jauh tersorok dipendalaman amat sesuai untuk lari sebentar dari kesibukan kota batu Johor Bahru yang sedang pesat membangun dan ini merupakan kunjungan kali ke-3 untuk kami sekeluarga. 

Apa yang seronoknya? Biarlah gambar yang berbicara...ekekeke!