10 Ramadhan yang lalu, ayang belanja kami anak beranak makan seafood. Balik kerja terus sahaja kami menuju ke Senibong. Senibong ni merupakan tempat makan makanan laut yang istimewa di Johor Bahru. Ditemani angin bayu, ditambah panorama indah ditepi laut (boleh nampak Singapore), ikan pun segar bugar menjadikan tempat ni terlalu istimewa.
Ikan masak stim, sedap ... |
Lobster kegemaran Danish |
Menu utama kami pada hari itu, sesuai sangat untuk orang yang begitu lapar macam aku ni. Aku memilih ikan masak stim dan udang goreng tepung, ayang memilih kerang bakar dan sayur chapcai, Danish pulak memilih udang Lobster dan otak- otak.
Dalam diam-diam, habis licin semua makanan kami sapu. Subhanallah ...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan